Antarabangsa

Yamaha Tracer 900 GT Diperkenalkan Warna Dan Corak Baharu, Harga Sama RM58,888

Erywan
22/06/2020
08:11 MYT
Sponsor Banner
Yamaha Tracer 900 GT Diperkenalkan Warna Dan Corak Baharu, Harga Sama RM58,888
Awal bulan ini, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd mengumumkan warna dan corak grafik baharu bagi model Yamaha MT-09 versi keluaran tahun 2020.
Kali ini pula, tiba giliran bagi model Yamaha Tracer 900 GT yang menerima warna dan corak grafik baharu untuk keluaran tahun 2020.
Ia didatangkan dengan warna Reddish Copper dan Midnight Silver. Harganya pula, ia masih sama dengan versi sebelum ini yang dijual bermula RM58,888 atas jalan tidak termasuk insurans, nombor pendaftaran dan cukai jalan.
Jentera dua roda kategori touring itu dijana enjin DOHC tiga silinder bersesaran 847cc yang menyalurkan 115PS pada 10,000rpm serta tork setinggi 87.5Nm pada 8,500rpm. Kuasa itu menyamai dengan model Yamaha MT-09, cuma yang membezakan adalah kategori sahaja.
Motosikal itu lebih berat 22 kilogram berbanding MT-09 yang kini mencecah 215 kilogram dan memiliki tangki bahan api sehingga 18.5 liter serta menggunakan fork teleskopik di hadapan, manakala suspensi Link Type di belakang.
Jika mahu melihatnya lebih dekat, anda boleh berkunjung ke pusat jualan Yamaha berhampiran bermula hari ini.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar