Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Antarabangsa

Yamaha Vinoora 125, Skuter Newtro Kombinasi Sesuatu Yang Baharu Dan Retro

Erywan 19/10/2020 | 05:48 MYT

Yamaha Taiwan memperkenalkan skuter baharu yang luar dari kebiasaan dikenali sebagai Vinoora 125. Skuter itu ditawarkan dengan dua varian yang seakan meniru budaya popular baharu dipanggil Newtro (new+retro), bermaksud kombinasi sesuatu yang baharu dan retro.

Budaya pop Newtro atau retro baharu ini semakin popular di beberapa negara Asia termasuk Korea. Dua varian skuter Yamaha yang dimaksudkan itu ialah Vinoora dan Vinoora M.
Jika diperhatikan dari depan, Yamaha Vinoora 125 kelihatan seperti wajah tokoh kartun. Kemudian dua jalur di tengah kelihatan sebagai hidung, lalu muncung madgad sebagai mulut. Sementara bahagian tengah hingga ke belakang kelihatan biasa tiada yang aneh dengan menerima sentuhan klasik.
Ini diserlahkan menerusi pelana, lampu dan bahagian sisi dan belakang yang kelihatan cembung seperti skuter Itali. Skuter itu digabungkan dengan ciri peralatan moden antaranya lampu depan dan belakang berciri LED, port USB, ruang simpanan yang luas 4 liter dan Sistem Penghidup Pintar.
Skuter unik itu menggunakan enjin Blue Core 125 silinder tunggal dengan penyejuk udara.
Kluster instrumen juga berbentuk bulat, jenis LCD segiempat tepat dengan paparan maklumat digital yang cukup mudah dibaca, terdiri daripada speedometer, odometer, bar petrol, jam dan indikator amaran di kiri serta kanan panel meter. Rekaan pelana berserta warna dikaitkan dengan ciri dan warna klasik.
Skuter seberat 94kg itu dijual pada harga:

#Yamaha
;