Tak perlu lagi risau apabila lagu yang anda tak suka dimainkan kerana Spotify sudah memperkenalkan butang 'block'.

Ia memberi pilihan kepada pelanggan untuk sekat mana-mana artis dalam aplikasi mudah alihnya.

Ciri terbaharu di Spotify.

Pelanggan Spotify hanya perlu memilih butang ‘jangan mainkan artis ini’ daripada menu yang tertera pada halaman artis tersebut.

Sebagai contoh, kami cuba sendiri butang 'jangan mainkan artis ini' di halaman lagu penyanyi As'ad Motawh (Jangan marah As'ad, ini hanya contoh) dan ia akan terus disekat dari senarai lagu-lagu anda.

Jangan marah As'ad, kami dan remove block.

Ia adalah ciri yang ditunggu-tunggu pengguna Spotify berikutan wujud desakan untuk mengeluarkan muzik beberapa artis seperti R Kelly, yang terbabit dalam insiden salah laku.

Spotify menerima tekanan untuk mengeluarkan lagu R Kelly sejak beberapa minggu lalu selepas pergerakan #MuteRKelly dilancarkan apabila artis R&B itu dituduh terbabit dalam salah laku seks.

Pergerakan #MuteRKelly dilancarkan.

Ciri terbaharu ini sememangnya memudahkan pengguna platform penstriman muzik terbabit untuk menghalang muzik oleh mana-mana artis dimainkan secara automatik.

Namun, ciri itu tidak disediakan bagi versi desktop dan Spotify masih belum memberi maklum balas mengenai perkara itu ketika dihubungi AFP.

Sumber: Berita Harian