Pejam celik pejam celik, rupanya sudah 10 tahun penyanyi dan penulis lagu terkemuka Indonesia, Afgan berkecimpung dalam industri muzik.

Bersempena ulangtahun ke-10 ini juga, dia akan kembali ke Malaysia untuk meraikan sambutan ulang tahun sedekad melalui Konsert DEKADE Live in Kuala Lumpur 2018.

Diadakan pada 3 November 2018, Sabtu, di Plenary Hall, KL Convention Centre, konsert kali ini berbeza dengan konsert sebelumnya. Bersifat peribadi, ia adalah sebagai tanda penghargaan kepada semua peminat Afgan yang menyokongnya selama 10 tahun ini.

"Saya ingin membawa penonton secara peribadi mengikuti perjalanan karier selama 10 tahun bergelar anak seni. Berada begitu dekat dan intim ialah sesuatu yang belum pernah saya lakukan sebelum ini", jelas Afgan.

Diringi The Gandarianz, konsert DEKADE turut menampilkan kumpulan Ruffedge sebagai artis undangan.

Bersempena 10 tahun Afgan dalam industri muzik, kami sertakan enam lagu terbaik Afgan yang pastinya akan dipersembahkan di konsert kelak.

1. Terima Kasih Cinta

2. Bukan Cinta Biasa

3. Jodoh Pasti Bertemu

4. Knock Me Out

5. Kunci Hati

6. Jalan Terus

Tiket konsert berharga RM288 (Silver) dan RM1,288 (Diamond VVIP) telah habis dijual dan peminat masih boleh mendapatkan tiket konsert berharga RM588 (Gold) dan RM888 (Platinum) menerusi talian hotline di 03-9222 8811 ataupun secara online di sini.