ENTERTAINMENT
Bukan Biasa-Biasa! Pemuda Dari Malaysia Ini Menang Anugerah Poster Filem Terbaik Di Portugal
Satu persatu anak Malaysia mengharumkan nama negara dan terbaru adalah seorang pereka grafik, Firdaus Mustapa.
Anak muda ini memenangi anugerah rekaan poster terbaik di Portugal. Kemenangan beliau itu diraih menerusi filem Carga bersempena majlis Academia Portuguesa de Cinema yang berlangsung baru-baru ini.
Anda boleh lihat hasil poster terbabit di bawah.

Malah untuk pengatahuan anda juga, Firdaus sebelum ini juga pernah menghasilkan beberapa poster filem dan siri TV di dalam dan luar negara, antaranya seperti Pekak (2015), Taboo (2017), Savage Dog (2017), Pulang (2018) dan juga Brexit (2019).

Anda boleh lihat banyak lagi hasil pemuda ini, di sini.
Sumber:MovieAddictMY
Must-Watch Video