Tekaan mengenai siapakah juara Anugerah Juara Lagu 33 sudah pun terjawab malam tadi apabila lagu Haram ciptaan sepenuhnya Hael Husaini bersama Ezra Kong dinobatkan sebagai pemenang.

Lagu Bunga nyanyian Ara Johari pula berjaya mengungguli tempat naib juara manakala lagu Sampai Bila nyanyian Misha Omar berada di tempat ketiga.

Misha turut berjaya meraih trofi Vokal Terbaik manakala Sufian Suhaimi yang menyampaikan lagu Di Matamu berjaya membawa pulang trofi Persembahan Terbaik.

Namun dalam kita meraikan pemenang AJL, warga Twitter nampak gayanya masih komited melakukan kerja mereka dengan menghasilkan banyak ‘memes’ dan perbandingan kelakar sempena AJL.

Setiap kali artis yang membuat persembahan, setiap itulah juga ‘memes’ dihasilkan. Cepat dan pantas!

Kalau anda terlepas pandang, ini antara yang berjaya menarik perhatian kami.

1# HARAM HARAM

Perkataan Haram itu saja sudah membuatkan ramai tidak senang duduk, apatah lagi jika lagu itu disampaikan dalam keadaan serba basah. Nampak gayanya persembahan Hael dan Dayang benar-benar memberi impak.

#2 SARAH GUNTING RAMBUT

Mula saja membuat persembahan bersama Ismail Izani dan Nabila Razali, baju Sarah Suhairi sudah menjadi perbualan ramai.

Bukan hanya saiz baju ini menjadi persoalan, rekaannya juga menjadi netizen berasa serba salah. Bagaimanapun dalam banyak-banyak perbandingan, kami paling suka gambar di atas. Logik sedikit.


#3 HAQIEM BUMBLEBEE

Ada yang kata macam Kill Bill, namun perbandingan antara Bumblebee ini rasanya antara yang paling tepat.

Baju kuning hitam ini nampak stylo di mata kami, namun di mata netizen, ia menjangkaui imaginasi hakiki.

#4 MISHA ZORDON

Dalam banyak-banyak memes, ini antara yang paling WIN!

Jika dilihat pada persembahan Misha Omar, ia antara yang paling ringkas namun memberi kesan.Tidak perlu banyak props, cukup hanya wajahnya terpampang di layar skrin.

Walau bagaimanapun, wajah terbabit membuatkan netizen membandingkannya dengan watak Zordon dalam siri Power Rangers.

#5 SHERRY KAMDAR


Antara yang menjadi perbualan.
Bukan hanya penyanyi yang bertanding menjadi tumpuan, pengacaranya juga turut menjadi 'mangsa'.

Secara jujurnya pakaian Sherry Alhadad sememangnya agak sarat, namun tidak sangka pula netizen membandingkannnya dengan patung di gedung kain. Tinggi imaginasi ya!