ENTERTAINMENT
Fenomena Bird Box, Ramai Mula Buat Challenge Tutup Mata!
Filem 'Bird Box' terbitan Netflix boleh dikatakan antara filem paling popular ketika ini. Filem ini dibintangi pelakon hebat Sandra Bullock.
Secara umumnya, 'Bird Box' mengisahkan bagaimana Sandra Bullock berusaha melindungi keluarganya dari entiti misteri mengerikan. Jika mahu mengelak, mata anda haruslah ditutup. Cara paling mudah adalah dengan memakai penutup mata.

Ramai yang cuba meniru gaya terbabit tidak kira lah di dalam atau terbawa hingga ke luar rumah. Malah ada juga yang cuba membuat challenge selama 24 jam! Anda boleh saksikan di bawah.
Biarpun trend ini tidak menjadi terlalu viral, namun Netflix telah pun memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan challenge terbabit yang boleh mengundang bahaya.Can’t believe I have to say this, but: PLEASE DO NOT HURT YOURSELVES WITH THIS BIRD BOX CHALLENGE. We don’t know how this started, and we appreciate the love, but Boy and Girl have just one wish for 2019 and it is that you not end up in the hospital due to memes.— Netflix US (@netflix) January 2, 2019
Must-Watch Video