,
Entertainment

Filem Tamil '2.0' Dapat Sambutan, Pawagam Tambah Kekerapan Tayangan

Azwa Rahman
30/11/2018
09:08 MYT
Filem terbaru bintang filem Tamil tersohor Rajinikanth, '2.0' semakin mendapat sambutan peminat filem Malaysia apabila kebanyakkan tiket habis dijual.
Filem Tamil 3D pertama yang ditayangkan dalam tiga bahasa iaitu Tamil, Telugu dan Hindi ini ditayangkan di 200 pawagam di seluruh negara iaitu 140 panggung dalam format 2D dan 60 panggung lagi dalam format 3D.
Filem bergenre sains fisksyen ini mengisahkan seorang saintis yang membantu kerajaan menyiasat satu ancaman yang melangkaui pemikiran menggunakan robotnya.
Filem arahan S. Shankar ini merupakan sekuel filem blockbuster 'Enthiran' (Robot bernama Chitti) yang dikeluarkan pada 2010.
Memetik laporan Bernama, Datuk Mohamed Yusoff selaku Pengerusi DMY, pengedar filem itu di Malaysia berkata pawagam juga telah menambah kekerapan tayangan berikutan sambutan luar biasa dan permintaan tinggi peminat tempatan. Poster filem 2.0
Menelan belanja sebanyak US$76 juta itu merupakan antara filem termahal di India dan dijangka mencipta fenomena sebagai filem terlaris.
Mohamed juga yakin filem yang turut menampilkan bintang Bollywood, Akshay Kumar dan komposer muzik pemenang anugerah Oscar, AR Rahman sebagai pengarah muzik, akan menarik bukan sahaja peminat berketurunan India tetapi juga daripada kaum lain
Related Topics
Must-Watch Video
Filem

Zul Ariffin Gemuruh Pertama Kali Pegang Watak Utama Dalam Filem Komedi ‘Don Dukun’ – “Takut! Dalam Banyak-Banyak Filem Yang Saya Buat….”

gempak
25/10/2024
14:50 MYT
Aktor Zul Ariffin mengakui pengalaman yang diraihnya selama 16 tahun dalam industri hiburan tanah air sedikit sebanyak membantu menjayakan watak dalam filem terbaharu lakonannya iaitu Don Dukun.
Filem

Filem Mencari Ramlee Ke Festival Filem Rotterdam 2025

gempak
25/10/2024
03:50 MYT
Filem Mencari Ramlee mencipta sejarah apabila bakal ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Rotterdam (IFFR) pada Februari  2025.
Filem

'Bromance' Terbaik Dalam Malaysia… Ini Filem-Filem Zul Ariffin Bersama Aktor Hebat Lain Paling Onz Abad Ini!

gempak
24/10/2024
14:20 MYT
Siapa yang tak kenal dengan aktor popular, Zul Ariffin. Banyak karya-karya yang berkualiti Zul dah lakonkan sekaligus kekal relevan sehingga kini.
Filem

Very Classy, Demure, Mindful... Marsha Milan Kongsi Watak Sebagai Datin Azizah Dalam Don Dukun – “Agak Sukar Tapi..."

gempak
23/10/2024
11:50 MYT
Pelakon dan penyanyi Marsha Milan berkongsi karakter yang dipegangnya iaitu Datin Azizah dalam filem Don Dukun.
Filem

Dari Ketua Polis Ke Ketua Dukun! Kemunculan Yusof Haslam Dalam Don Dukun Bikin Ramai Terhibur - “Semua Dah Rosak”

gempak
22/10/2024
12:50 MYT
Penerbit dan pengarah Datuk Yusof Haslam mencuri tumpuan apabila bakal muncul dalam filem Don Dukun.
Dun Dukun