UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Entertainment

Gerak, Gerak, Gerak Khas! Inspektor Aleza Kembali

Azwa Rahman 28/12/2018 | 04:43 MYT
Lupakan sejenak siri kepolisan popular "Brooklyn Nine-Nine", "Hawaii Five-O" dan "CSI", drama popular kepolisan Malaysia, Gerak Khas juga ada tempat di hati kita.

Salah seorang pelakon legenda Gerak Khas, Abby Abadi mengesahkan bakal kembali menggalas watak Inspektor Aleza dalam drama kepolisan Gerak Khas bagi musim terbaru 2019.

Bakal memulakan penggambaran pada Januari 2019, Abby, 41, atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan meninggalkan drama itu pada 2017.

Memetik kaspyen Abby di laman instagramnya, @abby_abadi112, "Berkali-kali wardrobe dan production mamager dari team Gerak Khas call suruh datang Skop Production untuk ukur baju polis, kita bagi alasan nanti kurus kita datang. Sudahnya, Datuk Yusuf Haslam nak juga saya start shooting Januari 2019."

Memetik temubual Abby bersama Harian Metro, "bulan lalu, selepas Datuk Yusuf Haslam bercakap sendiri dengan saya, saya terus kata okey. Tak ada istilah pujuk pun."

Mungkin peminat tak akan dapat melihat aksi Abby mengejar penjenayah, penampilan Inspektor Aleza kali ini berbeza daripada sebelumnya.

Selamat kembali Inspektor Aleza. Kami sokong kalau Inspektor Mazlan yang dilakonkan oleh Datuk AC Mizal turut kembali.

#Drama #Drama
;