Gegar Vaganza kembali membuka tirainya apabila 12 peserta telah diumumkan untuk mengisi rancangan realiti Gegar Vaganza musim ke-5 (GV5).

Antara peserta wanita adalah seperti Amelina, Safura Yaakob, Maya Ruslee, Noryn Aziz, Hetty Sarlene, Farawahida dan Dia Fadila serta dua peserta lelaki iaitu Zamani Slam dan Shafie (Rio) mewakili peserta solo.

GV5 turut menampilkan kelainan apabila tiga peserta kumpulan turut bertanding iaitu Elite, Billy Zulkarnain dan Forteen.

Dalam 12 peserta ini, ada enam peserta yang menggamit memori zaman remaja kami. Pastinya anda juga turut sama mengimbau kenangan dengan lagu-lagu popular mereka.

1. Billy Zulkarnain - Hati Terluka

Billy Zulkarnain

2. Safura - Sedalam Mana Cintamu

Safura

3. Zamani Slam - Kembali Merindu

Zamani Slam

4. Hetty Sarlene - Sangsi Asmara

Hetty Sarlene

5. Amelina - Semakin Rindu Semakin Asyik

Amelina

6. Elite - Tamparan Wanita

Elite 2018

GV5 akan mula bersiaran selama lapan minggu bermula 30 September ini secara langsung bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Anda boleh saksikan konsert pertama GV5 di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad, 9 malam.