Ada khabar gembira kepada peminat filem Hantu Kak Limah (HKL) terutamanya orang yang tinggal di negeri Perak.

Filem seram kelakar pecah panggung ini akan muncul dalam versi teater muzikal bermula hari ini sehingga 31 Disember bertempat di Movie Animation Park Studio (MAPS), Ipoh.

Kak Limah mula menyanyi?

Teater muzikal yang berdurasi selama satu jam ini turut diarahkan oleh Mamat Khalid. Teater ini menampilkan artis terkenal seperti Hazama Azmi sebagai Hussin, Joey (Ustaz Solihin), Aziz M.Osman (Pak Jabit), Ropie (Nayan) dan Miera Leyana (Tun).

Memetik kenyataan Penolong pengarah teater muzikal tersebut, Saifullah Khaisas di Bernama, kejayaan filem Hantu Kak Limah (HKL) yang meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM36.2 juta menjadi faktor utama dalam mengangkat naskhah itu ke pentas teater muzikal.

Jadual teater.

Malam pra-tonton telah berlangsung malam tadi dah ia dihadiri kira-kira 200 orang yang menyaksikan teater muzikal itu buat pertama kalinya.

Tidak perlu lagi ke Istana Budaya untuk menonton teater muzikal, tiket dijual pada harga RM90 dan anda boleh beli secara walk in ataupun secara online di sini.