,
Entertainment

Hantu Suzzanna Muncul Kembali?

Azwa Rahman
16/10/2018
09:30 MYT
Kalau anda seorang peminat tegar filem seram, pasti anda kenal siapa Suzzanna. Digelar ratu filem seram Indonesia, filem-filem seram Suzzanna seperti Beranak Dalam Kubur (1971) dan Sundel Bolong (1981) paling meninggalkan kesan.Ratu filem seram Indonesia.
Lebih menimbulkan mesteri apabila Suzzanna menemui ajal pada tahun 2008 di kediamannya ketika berusia 66 tahun. Dikatakan kerana sakit diabetes, pemgebumian arwah masih menjadi perdebatan.
Namun, sosok arwah Suzzanna seperti berkeliaran di laman sosial baru-baru ini dan dilihat begitu mirip dengan wajah asalnya. Arwah Suzanna kembali?
Jangan terkejut, bukan arwah Suzzanna yang kembali tetapi sebuah filem seram terbaru dari Indonesia bertajuk Suzzanna: Bernapas Dalam Kubur bakal menerjah pawagam.
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyanyi Indonesia, Luna Maya kerana berjaya menyakinkan peranannya sebagai Suzzanna benar-benar menjadi. Filem seram terbaru Indonesia, Suzanna.
Wajah seram Luna Maya yang menjadi hantu Suzzanna ataupun sundel bolong ini hasil solekan jurumekap yang didatangkan khas daripada Rusia iaitu Tatiana Melkomova dan Peter Gorshenina.
Menggunakan solekan jenis protestik, proses solekan berlangsung selama tiga jam setiap hari selama 50 hari penggambaran berlangsung. Lakonan menjadi!
Dengan warna kulit, gaya rambut ikal mayang dan tompok ikonik Suzzanna, tahi lalat di pipi belah kanan, sosok Luna begitu mirip dengan fizikal sebenar arwah Suzzanna. Selain Luna Maya, filem ini turut menampilkan Herjunot Ali sebagai suami Suzzanna.
Anda bersedia nak bertemu Suzzanna 2018? Silakan.
Related Topics
Must-Watch Video
Hiburan

Jadi Lokasi Ikonik Penggambaran Filem, Mural Gergasi Keluang Man Setinggi Tiga Tingkat Diabadikan Di Kluang Johor

gempak
07/09/2024
09:30 MYT
Bagi meraikan watak kebanggaan superhero ikonik Malaysia, Astro Shaw melancarkan mural gergasi Keluang Man di salah satu lokasi penggambaran filemnya iaitu di Kluang, Johor.
Hiburan

Astro Raih 9 Anugerah, Teguhkan Pengaruh Serantau di Anugerah ContentAsia 2024

gempak
06/09/2024
08:25 MYT
Syarikat kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia, Astro menunjukkan kecemerlangannya dalam industri dengan memperoleh sembilan anugerah berprestij di Anugerah ContentAsia 2024.
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Jiwa Malaysia 2024

gempak
06/09/2024
01:35 MYT
Jom sertai GMW Giveaway sekarang!
Hiburan

Filem Adoiii Jiwaku Bakal Ditayangkan Secara Percuma Sempena Hari Malaysia!

gempak
05/09/2024
16:46 MYT
Bersempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini, pihak Lomo Pictures Sdn Bhd memberi tayangan secara percuma filem ‘Adoii Jiwaku’ buat para penonton.
Hiburan

Apich Lo Tak Tergugat Dengan Hero Baru, Anggap Usia Bukan Penghalang - "Kalau Minat, Mesti Usaha"

gempak
05/09/2024
12:55 MYT
Baru bertapak dalam industri lakonan, pelakon Apich Lo meluahkan rasa syukur kerana diberi kepercayaan untuk membintangi filem Pontianak 200KG