Selamat hari jadi Yuna! Penyanyi bersuara lunak ini kini menginjak ke usia 32 tahun.

Sepanjang karier Yuna, ada beberapa momen Yuna yang kami suka. Yuna antara anak Malaysia yang cemerlang mengharumkan nama Malaysia ke persada antarabangsa. Mari kita saksikan beberapa momen terbaik Yuna pilihan kami.

Lima momen terbaik Yuna pilihan kami

1. 'Crush' Yuna bersama Usher

Tujuh tahun membina nama di AS, akhirnya ia membuahkan hasil. Kolaborasi antarabangsanya bersama penyanyi terkenal Usher semakin melonjakkan nama Yuna. Lagu Crush yang dicipta sepenuhnya oleh Yuna, dimuatkan dalam album Chapters. Selain komen positif dan kata-kata semangat peminat tempatan, Yuna turut menjadi perhatian penggiat industri muzik di Amerika Syarikat (AS). Cemerlang mencipta nama membolehkan Yuna mengadakan siri jelajah di AS dan Eropah.

2. Terpampang di papan iklan Times Square

You go, girl!

Pertama kali penyanyi dari Malaysia terpampang di papan iklan Nasdaq di Times Square di New York City! Melakar sejarah ini pada tahun 2016, papan iklan Nasdaq tersebut memaparkan artis-artis untuk mempromosikan muzik mereka dan bulan itu merupakan giliran Yuna. Papan iklan gergasi elektronik itu pernah memaparkan artis hebat seperti The Chainsmokers.

3. Hello Vogue Arabia!

Vogue Arabia.

Kemunculan Yuna dalam majalahVogue Arabiaisu Julai/Ogos melakar sejarah fesyen kerana penyanyi berhijab itu yang merupakan selebriti Malaysia pertama menembusi majalah itu. Majalah dengan muka depan model Jourdan Dunn itu memaparkan Yuna di pembukaan kolum “Lens” dengan judul “Hijabi Crush”.Yuna menggayakan dress kelabu rekaan Hatta Dolmat dan penggambaran dilakukan di LA.

4. Selamat pengantin baru, Yuna dan Adam

Sweet!

Siapa boleh lupa keindahan majlis pernikahan Yuna yang berlatarbelakangkan hutan hijau di Puncak Rimba, Bentong, Pahang. Disatukan pada 26 Januari yang lalu, Yuna memilih Adam Yousof Mohamed Sinclair sebagai pasangannya. Keindahan pelamin dan busana Yuna menjadi buah mulut netizen dan buat kami tak sabar nak kahwin!

5. Ramai selebriti antarabangsa dengar lagu Yuna

Woot!

Momen seperti ini membuatkan kami bangga sekaligus Yuna mengharumkan nama Malaysia. Beberapa selebriti antarabangsa popular suka dan mendengarkan lagu Yuna buatkan kami berasa bakat Yuna begitu dihargai di pasaran luar. Antara nama-nama besar yang pernah Tweet nama Yuna adalah Rihanna, Kendall Jenner, Zedd dan Khalid.