Entertainment

Lit Habis - Netizen Puji Lagu Soundtrack Baru Polis Evo 2

Hanafis Haris
12/11/2018
05:18 MYT
"Kejut harimau yang sedang tidur, masuk jalan mati susah untuk hidup. Korbankan harga diri kerana ego, nanti kena tangkap dengan Polis Evo..."
Bait lirik ini memang melekat dan jadi siualan ketika filem Polis Evo mula ditayangkan pada tahun 2015 lalu. Selain lakonan dan jalan cerita filem ini yang mendapat pujian ramai, soundtrack juga berjaya meledak di halwa telinga pendengar.
Tiga tahun sudah berlalu, video lirik di YouTube telah pun mencecah 5 juta tontonan. Namun, kini sudah tiba masanya untuk memberi laluan kepada lagu baru sempena tayangan Polis Evo 2 tidak lama lagi.
Kalau anda belum dengar, boleh play video di bawah,.
Lagu Sang Saka Biru kali ini menampilkan Joe Flizzow, Altimet, SonaOne dan Alif. Lagu ini mendapat sentuhan Alif dan SonaOne sebagai komposer dan producer manakala Joe Flizzow, Altimet dan Alif sebagai penulis lirik.
Biarpun ada yang membezakan lagu baru ini dengan yang lama, namun reaksi netizen terhadap lagi Sang Saka Biru membuktikan gabungan rapper terhebat ini sememangnya lit!
Ini antara komen di YouTube:
Mat Salleh TV: It is always the best to hear these legends on a track together. They never fail and every song they make together is GREAT!!
Khai: TREND skrng OST SEMUA rapper.... NICE IS TOO LIT!!!
Deepin: Lit! Semua ada vibe tersendiri. Sonaone : Lil Pump, Joe Flizzow : Kanye West, Altimet : Jay-Z, Alif : Drake
Kalau nak layan lagu ini, kami sediakan lirik di bawah:
Chorus Kalau ku diseru Pasti datang Sang Saka Biru Kami akan menang
Hook 2X Mana boleh berserah? Mana boleh mengalah?
Altimet’s Verse Uhhh kerah semua unit Rendezvous bertemu di markas sulit Kita senangkan semua kes rumit Bukak fail baru yang dah tutup tak yah nak ungkit Aman kami mengalir dari atas bukit Hati sama merah jangan tengok warna kulit Kalau baru nak insaf sorry bruh it is too late Budak nakal baru nak nangis lepas kena cubit Kami sebab anak bangsa tidur nyenyak Tidur kami pula tak lena tak kerap Garuda gerak senyap harimau jalan tegak Tiap hari semua keluar berentap Nak buat onar jangan malu jangan sipu Simpang jalan ada kanan kiri jangan keliru Masuk bilik itu mana ade pintu Setahun sekali jamah lemang bersama yang dirindu
Pre Chorus Ada yang kita simpan Ada yang kita lepas Ku menuju ke depan Menuju derngan lekas Bertenang,
Chorus Kalau ku diseru Pasti datang Sang Saka Biru Kami akan menang
Hook 2X Mana boleh berserah? Mana boleh mengalah?
Joe’s Verse Musuh dalam selimut selak kain mereka hilang Waktu mereka singkat setiap detik mereka pinjam Sinar lampu biru buat masa depan hitam Kejar-kejar tekan minyak macam lumba dekat litar Sepintar-pintar mana pun tupai yang melompat Kan jatuh ke tanah jua lambat atau cepat Sepandai ikan berenang masuk bubu kan tersekat Dulu otak cair sekarang semua jadi pekat We setting it of aku mulakan dengan zoom dalam sniperscope Finger on the trigger tarik lembut target muncul dekat crosshair itu Untuk ibu pertiwi semuanya ku buat untuk negaraku Semboyan telah berbunyi akan ku maju ke mana arah pun A S A P undercover dengar lagu dalam Maybach Laid back gaya kaya boss di tingkat paling apex Di Thailand ku di Thonglor London carik ku di mayfair Merata di bumi yang dulu mereka kata leper
Pre Chorus Ada yang kita simpan Ada yang kita lepas Ku menuju ke depan Menuju derngan lekas Bertenang,
Chorus Kalau ku diseru Pasti datang Sang Saka Biru Kami akan menang
Hook 4X Mana boleh berserah? Mana boleh mengalah?
Related Topics
Must-Watch Video
Viral

Peminat Terberak Dalam Seluar Tampil Minta Maaf - "Sesiapa Yang Terkena Najis Saya Boleh…

gempak
20/02/2024
03:00 MYT
Kemeriahan Anugerah Muzik Hanteo 2024 bertukar menjadi ‘kecoh’ selepas salah seorang daripada peminat membuang air besar di dalam seluar ketika majlis itu berlangsung.
Laman Utama

Didakwa Jadi Punca Video Lofi Girl Dipadam Youtube, FMC Beri Penjelasan - “Sebenarnya…”

gempak
13/07/2022
03:26 MYT
FMC bagi penjelasan
Laman Utama

“Dia Macam Next Level” - The Future Of Music, Dayang Nurfaizah Guna Teknologi Spatial Audio?

gempak
27/05/2022
10:48 MYT
Dayang akui dia terkejut dengan sejauh mana terperincinya muzik yang mampu dihasilkan.
Laman Utama

Alami Gejala Ringan, Hugh Jackman Positif COVID 19

gempak
30/12/2021
02:45 MYT
Sebelum ini rakan pelakonnya disahkan positif virus sama
Gaya Hidup

Tiket Konsert Sold Out Dalam 3 Jam? Fourtwnty Mula Tunjuk 'Taring’!

gempak
23/09/2019
11:07 MYT