BERITA
“Peminat Lelaki, Jangan Sampai Lewat Malam Pun Telefon”- Aishah
Penyanyi Aishah meminta agar peminatnya terutama lelaki tidak menghubunginya hingga lewat malam bagi menghormati statusnya yang sudah berkahwin.
Aishah menerusi akaun Instagram (IG) berkata meskipun dia artis namun perlu ada batasnya dengan peminat.
Menurut penyanyi lagu Pulang itu biasanya suaminya akan mengendalikan telefon bimbitnya ketika dia sibuk dan bagi mengelak fitnah lebih baik dia menjaga batas dengan peminat.
Pun begitu, Aishah berkata biasanya dia akan melayan sehabis baik peminatnya yang selama ini menyokongnya selama 30 tahun di dalam industri.
Aishah berkahwin kali keempat pada tahun lalu, namun merahsiakan identiti suaminya.
Menerusi dua perkahwinan pertamanya, Aishah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Armand Azhari, 24, dari perkahwinan pertama yang dirahsiakan dan Azhad Ahlami, 19, dari perkahwinan kedua dengan Muhammad Abdullah pada 1997 sebelum sah bercerai pada 2005.
Aishah kemudiannya berkahwin dengan Faizal Sazali Zulkifli pada 2010 namun bercerai setahun kemudian.
Foto: IG Aishah
Teks oleh: Syafiqah Jalal