Semalam, dunia hiburan tanah air digemparkan dengan satu berita sedih berhubung pemergian Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih mesra disapa Pak Ngah.

Komposer lagu irama Malaysia ini meninggal dunia di Batam, Indonesia kira-kira jam 3 petang semalam. Difahamkan, beliau rebah secara tiba-tiba ketika bersama isterinya Datin Sharifah Muhaini dan anaknya.

Pastinya perasaan rakyat Malaysia yang lahir dengan mendengar hasil karya-karya Pak Ngah kini bercampur baur, apatah lagi mengetahui perkara ini secara tiba-tiba.

Namun setiap yang hidup pasti pergi dan apa yang pastinya karya beliau sentiasa diingati sampai bila-bila. Saya senaraikan beberapa karya agung Pak Ngah yang akan sentiasa tersemat dalam jiwa kita semua.

1# NOSTALGIA AIDILFITRI



Mendengar lagu nyanyian Sharifah Aini saja boleh menitis air mata. Malah ia antara lagu wajib ketika menyambut Aidilfitri.

Kalau anda nak tahu, ini antara karya terawal Pak Ngah, namun ketika itu nama beliau belum dikenali ramai.

#2 DONDANG DENDANG



Penerbitan album Ala Dondang milik Noraniza Idris pada tahun 1997 telah menaikkan nama Pak Ngah. Lagu ini juga berjaya ke Peringkat Akhir Kategori Irama Malaysia Anugerah Juara Lagu 1999 dan memenangi Persembahan Terbaik.

#3 CINDAI



Lagu 'berhantu' sekitar 1997 apabila ia dinyanyikan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza. Cindai bermaksud kain sutera berbunga dan terdapat juga maksud lain iaitu pontianak (bahasa minangkabau).

Album Cindai sendiri telah mendapat pengiktirafan lima platinum pada tahun 2000 atas penjualan melebihi 250,000 unit. Lagu ini juga telah memenangi banyak anugerah!

#4 DIKIR PUTERI



Lagu ini juga antara lagu Noraniza Idris yang akan diingati sampai bila-bila. Karya Pak Ngah bersama Hairul Anuar Harun ini mengangkat tema dikir barat dan berjaya menjadi siulan ramai. Teringat filem Putih!

#5 TING TING



Nandung tuan gendang dipalu... ting ting ting ting dengan nandungnya tuan... itulah baik lirik lagu ini yang menjadi siualan anak muda ketika itu.

Lagu berentak irama Hadrah moden ini memang sangat unik dengan bunyian kompang.

#6 NIRMALA



Satu lagi lagu 'berhantu' hasil gabungan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Pak Ngah. Nirmala adalah single pertama dari album Siti Nurhaliza, Sanggar Mustika.

Lagu ini digubah oleh Pak Ngah manakala Che' Kem sendiri sebagai penulis liriknya. Nirmala berjaya memenangi kategori persembahan terbaik dan juara kategori Irama Malaysia pada Juara Lagu ke-17.

#7 HATI KAMA



Masih tiada lagi komposer yang mampu menggabungkan dua ratu irama Malaysia selain daripada Pak Ngah! Malah Pak Ngah sendiri merupakan penerbit album Seri Balas yang menggabungkan kedua-dua penyanyi hebat ini.

#8 BALQIS



Lagu Balqis meneruskan legasi lagu irama Malaysia hingga berjaya menjuarai anugera Juara Lagu pada tahu 2000. Lagu ini merupakan antara single daripada album Sahmura.

#9 SAMRAH MENTARI


Lagu ini dicipta khusus untuk raja pop Malaysia, Jamal Abdillah menerusi album Samrah. Lagu ini bersaing bersama Hati Kama, Dondang Dendang pada Juara Lagu ke-14.

#10 JALUR GEMILANG



Merah mu bara semangat waja, putih mu bersih budi pekerti, kuning berdaulat payung negara, biru perpaduan kami semua. Siapa saja yang tidak tahu lagu ini?

Hakikatnya ia adalah ciptaan Pak Ngah manakala senikata daripada Siso. Terbitan pula daripada Pak Ngah Production. Saya percaya lagu ini akan tersemat dan meniti di bibir rakyat Malaysia sampai bila-bila.

Semoga roh Pak Ngah dicucuri rahmat. Al-fatihah...