Buah tangan terbaru dari Faizal Tahir bertajuk Ragaman memang lain dari yang lain. Pertama kali mendengar lagunya, terus tangkap masuk dalam kepala. Lagu dah sedap, video muziknya juga menghiburkan.

Setelah Ragaman menjadi bahan bualan dan tular di media sosial, video muziknya pula yang menjadi tular sehingga trending #1 di laman Youtube Malaysia.

Mr Ragaman, Faizal Tahir.

Video muzik yang baru dimuatnaik di saluran Youtube Faizal Tahir pada 27 September yang lalu, sudah mencecah hampir 1 juta tontonan dalam tempoh 72 jam!

Lagu ciptaan Faizal sendiri dan video muzik arahan Azhar Ismail ini menceritakan kisah seorang suami yang sabar melayani kerenah isteri yang bermacam-macam ragam.

Nabila Huda sebagai isteri banyak kerenah.

Menampilkan Nabila Huda sebagai watak isteri atas permintaannya sendiri, “Saya tidak dapat membayangkan orang lain untuk memegang watak ini. Nabila merupakan pilihan terbaik. Nabila belum pernah lagi terlibat dalam mana-mana video muzik jadi saya terharu kerana Nabila memilih Ragaman untuk menjadi video muzik pertama lakonannya", kata Faizal Tahir dalam satu kenyataan.

Video muzik arahan Azhar Ismail.

Lebih istimewa apabila video muzik ini turut menampilkan anak-anak perempuan Faizal sendiri yang juga pemilik suara kanak-kanak yang muncul di bahagian intro dan outro dalam lagu Ragaman.

Tahniah Faizal Tahir! Kalau anda masih belum menonton video muzik Ragaman, silakan.