Meriah sungguh industri filem Malaysia beberapa bulan ini. Selepas Kak Limah dan Munafik 2, kita sekali lagi dihidangkan dengan naskah berkualiti seperti PASKAL.

Malah selepas menontonnya minggu lalu, boleh saya katakan filem ini telah meletakkan satu benchmark yang tinggi buat skop perfileman tempatan.

Pendek kata, ia dihasilkan setanding dengan kualiti filem antarabangsa. Untuk anda yang tertanya mengapakah PASKAL perlu ditonton, saya ringkaskan beberapa fakta menarik tentang filem ini.

1# INTRO MONTAJ YANG KEMAS


Opening montaj filem ini mungkin perkara kecil bagi sesetengah pihak, namun bagi saya ia penting untuk mendidik penonton apa itu sebenarnya PASKAL.

Boleh dikatakan tidak ramai yang tahu mengenai PASKAL. Bila disentuh mengenai aset ketenteraan negara, rata-rata rakyat Malaysia agak cetek pengetahuannya. Jika ada sekali pun mungkin kerana mereka minat atau lahir sebagai anak perwira.

Filem ini mendidik penonton untuk mengenali rapat apa itu PASKAL, apa aset yang mereka ada serta beberapa kejayaan operasi mereka. Pembukaan montaj kemas dan sangat bersifat ketenteraan. Tidak banyak filem yang buat macam ini melainkan filem antarabangsa!

#2 PLOT MUDAH DIFAHAMI


Secara ringkasnya filem ini mengisahkan perjuangan PASKAL dalam mempertahankan negara dari segala ancaman luar. Selain itu, ia turut menceritakan pergolakan dalaman yang melanda Leftenan Komander Arman Rahmat apabila ibunya tidak merestui pekerjaannya sebagai anggota PASKAL.

Jalan ceritanya ringkas dan tidak memerlukan kepintaran yang tinggi untuk merungkai segala plot serta maksud tersirat dalam filem ini. Berdasarkan pengamatan saya, perjalanan cerita filem ini disusun agak pantas. Namun ia bukanlah satu perkara yang negatif kerana siapa yang mahu menonton filem yang meleret-leret bukan?

Biarpun pantas namun ia tidak tergantung begitu saja. Ia diselitkan dengan beberapa babak flashback bagi memaparkan pergolakan dan beban yang sedang ditanggung Arman.

#3 BARISAN PELAKON DAH MACAM PASKAL SEBENAR


Barisan pelakon yang dipilih oleh pengarah Adrian Teh semuanya menjalankan tugas mereka dengan mantap! Tiada seorang pun kelihatan seperti dibuat-buat atau askar palsu, semuanya nampak real. Syabas kepada pasukan yang melatih pelakon-pelakon ini!

Mungkin disebabkan latihan padat sebelum penggambaraan membuatkan ‘roh’ PASKAL itu meresap masuk ke dalam jiwa mereka. Ada yang terbawa-bawa watak PASKAL ke luar set!


Apapun sebaik anda keluar wayang, anda pasti akan terbayang-bayang beberapa watak dalam filem ini. Bagi jejaka di luar sana, pastinya ramai mahu menjadi seperti Gagak (Gambit Saifullah) yang handal dalam menembak menggunakan sniper. (PUBG anyone?)


Kehadiran watak Yan oleh Hafizul Kamal juga melengkapkan filem ini supaya tidak hambar. Loghat Kedahnya menjadi penghibur dalam filem ini.

Watak ustaz lakonan Taufiq Hanafi juga meninggalkan kesan hingga ada diantara penonton menggelarnya sebagai Ustaz bom! Nak tahu kenapa kena tengoklah filem ini.


#4 LAKONAN BERKESAN HAIRUL SEBAGAI LEFTENAN KOMANDER


Bagi saya Hairul Azreen berjaya menghidupkan watak Leftenan Komander Arman dengan baik. Jika dilihat filemnya sebelum ini seperti Pak Pong, Gila-gila Remaja 2, PASKAL berjaya mengeluarkan Hairul dari zon selesa.

Dari segi fizikal, bahasa tubuh serta emosi yang cuba disampaikan, semuanya menjadi. Babak paling meninggalkan kesan pastinya misi di Angola yang bakal meruntum jiwa penonton.

Selain itu, babak ketika Arman dipaksa untuk menjawab pertanyaan Maznan (Namron) juga boleh membuatkan anda terpaku dan terdiam seketika. Pandai sungguh Adrian bermain emosi dengan jawapan Arman.

#5 MAN OF THE MATCH! LAMA TIDAK LIHAT WATAK ANTAGONIST SEKEJAM INI


Saya yakin watak Jeb (bukan Jep sepahtu) bakal menjadi watak kegemaran dan pada masa yang sama mengundang kebencian ramai. Daripada awal, Jeb dipaparkan sebagai pesaing utama Arman untuk bergelar PASKAL. Namun pesaingan antara mereka tidak terhenti di situ sebaliknya meleret hingga ke luar latihan.

Pasti ramai yang akan bengang dengan watak Jeb dan apa yang boleh saya katakan watak lakonan Ammar Alfian ini benar-benar menjadi. Ekspresi beliau membawa watak ini memang tip top dan nampak kejam! Jahat bro!

A misunderstood hero of the nation. Go watch this rebel in action. ....... U see what i did there.it rhymes?????‍♂️??‍♂️??‍♂️ nvm... But yeah do catch @paskal_themovie in theatres on the 27th September 2018. You wont be dissappointed. Do i look like a guy who likes to joke around?????????‍♂️??‍♂️??? ♥️ . . . #paskalthemovie #jebpaskal #jebatmoden #born4this

A post shared by Ammar_Alfian (@ammar_alfian) on


Secara jujurnya lama saya tidak melihat watak anti-hero sejahat ini di layar perak. Tahap kegeraman terhadap watak ini akan membuak-buak sehingga habis filem. Boleh disifatkan sebagai comeback yang mantap dari Ammar!

#6 PENUH DENGAN AKSI MENARIK, MEREMANG BULU ROMA LIHAT ASET KETENTERAAN NEGARA


Kapal selam Scorpene boleh dilihat dalam filem ini.
Pengenalan terhadap misi-misi PASKAL dibuka dengan baik oleh pengarah menerusi Ops Fajar di mana PASKAL cuba merampas semula kapal dagang daripada serangan lanun Somalia yang berlaku di Teluk Aden pada tahun 2011.

Ketika ini anda akan lihat betapa taktikalnya PASKAL menyeludup masuk ke dalam kapal. Bagaimana mereka bergerak secara senyap dalam gelap dan hanya menggunakan isyarat tertentu, kesemuanya dipamerkan dalam filem ini.

【PASKAL The Movie: Thematic Clips (Weapons)】 Tgk begitu gempak senjata2 yg kitorang guna dalam filem #PASKALTheMovie! Make sure to watch this in cinemas 27 Sept! . #PASKALTheMovie #SentiasaYangTerbaik #SayangiMalaysiaku #atfproduction

A post shared by PASKAL The Movie (@paskal_themovie) on

Seterusnya anda akan melihat bagaimana PASKAL menyelamatkan tebusan pada misi terakhir mereka. Ketika ini pelbagai detik cemas 'dihidangkan' sekali gus membuatkan anda tidak duduk diam.

Menerusi PASKAL anda berpeluang melihat pelbagai senjata dan aset ketenteraan digunakan.

Anda boleh saksikan aset seperti helikopter Super Lynx 300, kapal selam Scorpene KD Tunku Abdul Rahman dan pesawat C-130 menerusi filem ini. Meremang bulu roma apabila melihat kapal selam Scorpene di layar perak! Ini juga antara faktor utama mengapa anda perlu menonton PASKAL!

#7 SINEMATOGRAFI BUKAN CALANG-CALANG


Kebanyakkan babak dalam filem ini dilakukan di beberapa lokasi berbeza termasuklah Semporna, Labuan, Kota Kinabalu dan Turki. Banyak babak disusun dengan cantik menyebabkan filem ini nampak mahal dan bertaraf antarabangsa.

Antara yang membuatkan saya tergamam adalah ketika babak opening di Angola. Cantik macam iklan kereta!


Selain itu, adegan Yan mengejar penjenayah sehingga ke sempadan Filipina juga dihasilkan dengan cantik sekali. Teringat saya kepada filem Battleship lakonan Rihanna.

#8 ELEMEN DRAMA YANG CUKUP RENCAH...SESEKALI TERASA SUNGGUH DEEP


Pada yang skeptikal tentang filem Malaysia, jangan risau kerana elemen pada filem ini bukan seperti yang anda tonton di slot drama setiap petang.

Ia sebaliknya lebih memaparkan isu kekeluargaan dan pergolakan yang terpaksa dilalui setiap anggota tentera.

Adegan paling deep adalah ketika Arman membasuh baju di rumah ibunya. Antara keluarga dan negara, mana satukah pilihan Arman?

Begitu juga elemen persahabatan antara Arman dan Joshua. Keakraban tanpa mengira bangsa ini dipaparkan dengan baik sekali hingga mampu meninggalkan emosi kepada penonton.

#9 KUALITI CGI TIDAK MENGECEWAKAN


Apabila menyaksikan filem tempatan yang bergelumang dengan senjata api, perkara paling ditakuti penonton adalah melihat efek tembakan yang tidak menjadi. Silap percaturan, ia boleh menjadi bahan jenaka kerana kelihatan fake.

Namun bagi filem PASKAL, aspek ini telah diberi keutamaan yang tinggi oleh produksi. Anda tidak akan malu dengan kualiti janaan imej komputer (CGI) mereka, malah penggunaannya dikawal dengan baik supaya tidak nampak keterlaluan.

Selain tembakan dari helikopter dan senapang digunakan anggota PASKAL, terdapat juga elemen high tech yang memerlukan efek CGI yang tinggi.

#10 PECAH PERSEPSI TERHADAP FILEM KETENTERAAN


Secara keseluruhannya PASKAL berjaya mengubah persepsi saya terhadap kualiti filem Malaysia apatah lagi apabila mengangkat tema ketenteraan.

Tiada filem yang sempurna begitu jugalah PASKAL. Ada kalanya terdapat kejanggalan melihat watak extra yang sedikit kaku serta plot twist yang seakan boleh dijangka. Namun, perasaan puas melihat hasil keseluruhan filem ini berjaya memadam kecacatan kecil yang wujud.

Secara keseluruhannya saya beri 4.5/5 untuk PASKAL! Anda boleh tonton PASKAL bermula 27 September ini.