"Hancur Aku", "Biarlah" dan lagu runut bunyi filem 'Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck' antara lagu-lagu hit kumpulan rock terkenal Indonesia, Nidji yang cukup mendapat tempat di Malaysia.

Bukan hanya lagu, Nidji juga sering diundang ke Malaysia untuk mengadakan konsert. Namun bagi anda yang baru tahu, vokalis Nidji, Giring Ganesha telah mengumumkan pengundurannya daripada kumpulan itu dua tahun lepas susulan mahu bergelar ahli politik Parti Solidaritas Indonesia (PSI).

Nidji bersama vokalis baru.

Disember tahun lalu juga, Nidji turut membuat pengumuman untuk menjadi vokalis utama bagi menggantikan kedudukan Giring.

Ribuan orang mendaftar dengan menghantar sampel nyanyian ke laman sosial masing-masing diikuti tanda pagar #mimpiadalahkunci2019.

Dari situ, syarikat rakaman Nidji, Musica Studio dan beberapa juri lain telah memilih siapakah finalis yang selayaknya menjadi vokal utama band itu.

Vokalis baru diperkenalkan.

Baru selesai mengadakan konsert Nidji pada malam Sabtu yang lalu, peminat meraikan momen terakhir Giring sebagai teraju utama Nidji. Tidak hanya itu, Nidji juga mengumumkan vokalis terbaru mereka, Yusuf Ubay.

Pemuda berusia 22 tahun.

Menerima sokongan jitu daripada Nidjiholic (Kelab peminat Nidji), siapa Yusuf Ubay?

1. Pemilik nama Muhammad Yusuf Nur Ubay ini baru berusia 22 tahun.

2.Yusuf merupakan bekas peserta Indonesian Idol musim ke-8 pada tahun 2014.

3. Tidak hanya pandai menyanyi, Ubay juga mempunyai bakat dalam bermain alat muzik. Antara alat muzik yang menjadi kegemarannya adalah saksofon.

Mahir bidang fesyen.

4. Anak kelahiran Magelang, Jawa ini pandai berfesyen. Juga tidak asing dalam bidang tarian, Ubay juga seorang yang mementingkan kecergasan.

5. Sebelum terpilih menyertai Nidji, Ubay terlebih dahulu mempunyai beberapa lagu dan antara yang menjadi siulan adalah "Falling In Love" pada tahun 2015 dan "Number One Girl" pada tahun 2016.

6. Bagi Giring sendiri, dia mencari seseorang yang bersemangat dalam bidang muzik untuk menggantikannya dan Ubay memenuhi kriteria yang dicari.

Bagi meraikan momen-momen terakhir Giring bersama Nidji, inilah lima lagu terbaik Nidji pilihan kami.

1. Hapus Aku

2. Sang Mantan

3. Sumpah Dan Cinta Matiku

4. Shadows

5. Laskar Pelangi


Dikatakan 'tidur' sejak dari tahun 2017, tahun ini kita bakal menyaksikan pembikinan lagu-lagu baru mereka yang dijangka akan dikeluarkan tidak lama lagi. Selamat maju jaya buat Giring Ganesha dan buat Ubay, semoga dapat membawa Nidji ke depan.