• Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Login
  • Login
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Telefon Fattah Sudah Unlock, Tak Tekan Pun Password, Hanya Slide Skrin Sahaja” – Amira Othman
HIBURAN
"Saya Tahu Kalau Orang Miskin Nak Lawan Orang Kaya Endingnya Macam Mana" - Mamak Puteh Buat Laporan Polis Tuntut Bayaran Tertunggak Stesen TV
HIBURAN
Emma Maembong Nampak Makin Berseri Di Sisi DJ Kidd, Netizen Doakan Yang Baik-Baik - “Comel Pula Dorang Ni, Amboi Pandang Tak Lepas Tu”
  • TERMS
  • PRIVACY

Copyright © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

ENTERTAINMENT

Sitkom Spanar Jaya Kembali Selepas 20 Tahun!

Azwa Rahman
Azwa Rahman
21/12/2018
06:26 MYT
Sponsor Banner
Sitkom Spanar Jaya Kembali Selepas 20 Tahun!
Generasi 90-an pasti tahu dengan sitkom Spanar Jaya. Sitkom yang diperkenalkan pada tahun 1998 ini nampaknya akan kembali pada tahun depan.
Dikenali dengan nama Spanar Jaya X, sitkom berdurasi 30 minit ini ditayangkan bersempena meraikan 20 tahun Spanar Jaya.
Diarahkan oleh pelakon asalnya, Ahmad Idham, Spanar Jaya X akan dibintangi oleh Douglas Lim sebagai Uncle Harley, pemilik kedai alat ganti kereta dan pembekal kepada bengkel Spanar Jaya. Pelakon Spanar Jaya X.
Tiga pelakon asalnya iaitu Opie Zami, Ramasundram, Radhi Khalid selain Ahmad Idham sendiri akan turut berlakon dengan watak yang sama dalam siri ini.
Siri komedi terbitan Enfiniti Production ini akan dijayakan oleh Sangeeta Krishnasamy yang membawa watak guru tuisyen Bahasa Inggeris kepada Mat Rock lakonan Opie. Nostalgia Spanar Jaya pasti menjadi kenangan.
Spanar Jaya X turut menampilkan lakonan Uqasha Senrose dan Ben Amir selaku watak utama serta penampilan khas Nabila Huda.
Bagi Douglas, "untuk siri terbaru ini cabaran utama kami adalah untuk seimbangkan antara siri lama dan yang terbaru. Ini kerana sitkom Spanar Jaya mempunyai penontonnya sendiri, tetapi penonton yang tidak pernah menonton siri lama juga akan menonton, jadi kesinambungannya tidak banyak diselitkan", jelasnya kepada Harian Metro. Sitkom Spanar Jaya pada tahun 1998.
Spanar Jaya X bakal menemui penonton menerusi TV3 setiap Sabtu bermula 2 Februari 2019, jam 11 malam.
Related Topics
#Program TV
#Program TV
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement