Boyband terkenal 90-an Westlife bakal kembali bersama selepas berpecah hampir enam tahun lalu.

YASSSS! Sebelum anda baca keseluruhan cerita ini, kami nak kenang kembali lima lagu Westlife kegemaran.

1. If I Let You Go

2. My Love

3. When You're Looking Like That

4. Flying Without Wings

5. Unbreakable

Namun, penyatuan semula ini hanya disertai oleh empat anggota asal Westlife iaitu Shane Filan, Mark Feehily, Nicky Byrne dan Kian Egan.

Brian McFadden yang meninggalkan kumpulan itu pada 2004 tidak akan kembali bersama-sama Westlife.

Memetik laporan Irish Sun, mereka sudah menandatangani kontrak bersama syarikat rakaman Universal Music Group dan sedang dalam proses merakamkan album terbaharu mereka.

Tak sabar single terbaru mereka!

Dalam perkembangan terkini, penyanyi Ed Sheeran dilaporkan turut menyumbangkan lagu untuk single terbaharu Westlife yang dijangka dilancarkan tidak lama lagi.