Gegar Vaganza 11

Gegar Vaganza 11: Alami Muntah-Muntah, Illa Sabry Dedah Sering Jatuh Sakit Setiap Minggu – “Saya Tak Rasa Orang Berniat Tak Baik”

Khairil Khusyairi
21/12/2024
04:50 MYT
Sponsor Banner
Gegar Vaganza 11: Alami Muntah-Muntah, Illa Sabry Dedah Sering Jatuh Sakit Setiap Minggu – “Saya Tak Rasa Orang Berniat Tak Baik”
Penyanyi Illa Sabry memaklumkan dia terpaksa menahan kesakitan apabila mengalami muntah-muntah baru-baru ini.

Alami Muntah Teruk

Menurut Illa, dia tidak menolak faktor stres menjadi punca dia menanggung sakit yang teruk ketika minggu keempat konsert Gegar Vaganza 11 (GV11).

“Sakit seperti demam, sakit tekak dan gusi. Minggu lepas yang paling teruk sekali, muntah-muntah dan sakit perut seperti memulas yang teruk.

“Sakit yang teramat, bukan muntah darah tetapi muntah apa yang dimakan.

“Saya rasa mungkin sebab stress selepas dapat tugasan lagu, iya lah nak kena menyanyi dan menari dengan baik,” kongsinya kepada Gempak.

Illa ditemui pada majlis santai bersama Illa Sabry di restoran miliknya, Cik Gebu di Bukit Jalil, baru-baru ini.

Tak Rasa Orang Berniat Tak Baik

Tambah pelantun lagu Keranamu Kekasih itu dia juga bersikap positif dengan apa yang terjadi selain mengakui Dewan Auditorium MBSA memiliki suasana yang berbeza.

“Minggu keempat yang saya sakit teruk. Muntah apa saja yang dimakan.

“Masa hari kejadian sebelum latihan saya muntah dua kali. Bayangkan tak boleh keluar apa dah.

“Kadang saya terlupa baca doa tetapi setakat ini tiada apa yang pelik. Saya juga tiada rasa orang berniat tak baik pun tetapi mungkin tempat itu sendiri ada vibes yang ‘seram’,” ujarnya.

Tiada Gangguan Pelik

Kongsi Illa lagi, dia mendakwa sering mengalami masalah kesihatan hampir setiap minggu sepanjang beraksi di pentas GV11.

“Setakat ini tiada lagi gangguan, tak rasa tetapi saya selalu asyik sakit tak tahulah mengapa. Setiap minggu ada saja.

“Ada juga peserta lain yang alami masalah kesihatan. Ronnie Hussein ada maklum dia selalu rasa lain bila di atas pentas.

“Sheila Abdul pula pernah mengalami demam panas pada minggu ketiga, saya risau sangat pada dia ketika itu,” katanya.
Pada minggu ini, Illa bakal berduet dengan penyanyi Ajai menerusi lagu Keliru.
Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Jihan Muse dari Auditorium MBSA, Shah Alam.
Rancangan ini juga akan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).
Rancangan nyanyian yang dinanti-nantikan ini turt boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.
Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*. Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024