Gegar Vaganza 11
Gegar Vaganza 11: Pecah Kepala! 'Damelo' Versi Liza Aziz, Ning Baizura & Dadali Dyrga Pula Nyanyi Lagu Dialek Kelantan, Semak Tugasan Minggu ketujuh
Konsert minggu keenam Gegar Vaganza 11 (GV11) menyaksikan dua bintang disingkirkan selepas mendapat markah terendah daripada juri tetap.
Illa Sabry dan Reshmonu berada di tangga tiga terbawah dan disingkirkan selepas masing-masing mendapat markah sebanyak 55.70 peratus dan 57.30 peratus.
Sementara itu, Liza Aziz pula berjaya merampas kedudukan pertama selepas dua minggu dipegang oleh Ronnie Hussien dan Sheila Abdull.
Pada segmen Ada Lagu Ada Lagi juga kesemua peserta yang masih kekal dikejutkan dengan tema Gwencana dimana mereka harus menyanyikan lagu diluar kebiasaan mereka.
Berikut merupakan senarai lagu yang akan dipersembahkan oleh sembilan peserta GV11 pada minggu ketujuh:
1. Damelo - Liza Aziz
2. Dikir Rambong - Dadali Dyrga
3. Es Lilin - Sheila Abdull
4. Aneka Ragam - The Lima
5. Durian Dah Berbunga - Ronnie Hussien
6. Cinta Setandan Pisang - Ning Baizura
7. Hai Obat - Zehra Zambri
8. OMK - Fairuz Selamat
9. Wada Karo Nahin Chodoge - Arorra Salwa
Gegar Vaganza pada tahun ini juga masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.
Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad dari Auditorium MBSA, Shah Alam.
Rancangan ini juga akan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).
Rancangan nyanyian yang dinanti-nantikan ini turt boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.
Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*. Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan.
Must-Watch Video