UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Gegar Vaganza 11

Gegar Vaganza 11: Peminat Tak Boleh Move On, Rindu Nak Tengok Gelagat Bintang GV - “Lain Sangat Aura Dia…”

Asyraf Roslan 12/02/2025 | 06:55 MYT

Gegar Vaganza 11 (GV11) telah melabuhkan tirainya dengan menyaksikan Liza Aziz dinobatkan sebagai juara edisi ke-11.

Selama 12 minggu bersiaran, pelbagai momen menarik dan gelagat bintang GV telah mencuri perhatian peminat setia rancangan hiburan pilihan rakyat Malaysia.

Sehinggakan, ramai dalam kalangan warganet mengakui sukar untuk ‘move on’ daripada musim ini kerana aura dan keakraban antara peserta begitu kuat.

Menerusi sebuah potongan video yang dikongsi di laman TikTok, ramai peminat tersentuh melihat momen peserta wanita GV11 berpelukan selepas menyanyikan lagu Angkat dalam pusingan Battle Vaganza.
“Last hug from the sisters, betul-betul macam keluarga,” kata individu tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana mereka melihat semua bintang GV mempunyai ukhwah yang sangat kuat.
“Jujur cakap, susah nak move on daripada GV 11 ni sebab bonding is another level and so pure.
“Tak tau lah kenapa, GV 11 ni lain sangat aura dia, vibes dia kuat sangat best.
“GV 11 ni lain vibe dia, tersentuh tengok bonding diorang.
“GV yang paling best”
“Maka hujung minggu kita kembali sepi tanpa GV,” komen netizen.
Konsert akhir GV11 yang berlangsung pada Ahad menyaksikan Liza Aziz telah dinobatkan sebagai juara.
Manakala Ning Baizura diangkat sebagai Naib Juara dan tempat ketiga pula disandang oleh Sheila Abdull, manakala Dadali Dyrga (keempat), Zehra Zamri (kelima) dan The Lima (keenam).
Gegar Vaganza 11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.

Kesemua finalis diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.

#GV11 #Gegar Vaganza 11 #Vaganzers
;