Gegar Vaganza 11
Gegar Vaganza 11 RECAP: Tok Ram Bangga Dengan Ning Baizura! Fairuz Selamat ‘Dapat Nyawa’ Teruskan Perjuangan, Semak Komen & Markah Minggu Kesembilan
Bintang Gegar Vaganza 11 (GV11), Fairuz Selamat hampir mengucapkan selamat tinggal kepada pentas GV selepas mendapat markah terendah daripada juri tetap.
Menyanyikan lagu Mirai E dan Kau Bunga Cintaku duet bersama The Lima, Fairuz hanya mampu 55.54 peratus namun terselamat apabila diumumkan tiada penyingkiran untuk minggu ini.
Sementara itu, Ning Baizura pula buat pertama kali berjaya menduduki tangga pertama selepas memperoleh markah sebanyak 73.17 peratus daripada juri tetap dengan persembahan mantapnya yang menyanyikan lagu First Love dan Tak Mungkin Kerana Sayang bersama Zehra Zambri.
Berikut merupakan recap komen dan markah penuh Gegar Vaganza minggu kesembilan:
First Love - Ning Baizura
“Ning awak baru overhall kereta ke? Wow!
“Awak dah mula comeback, 31 tahun awak punya value tu besar. Sikit lagi awak akan sampai tahap itu. Jangan bazirkan masa 31 tahun, awak bagus malam ni,” - Datuk Ramli M.S
Noir El Chams - Zehra Zambri
“Setiap minggu ada kemajuan, biarpun santai tapi ingat ini adalah pertandingan.
“Nada tinggi sudah okay, tapi nada rendah kamu masih kena perbaiki,” Hetty Koes Endang.
Mirai E - Fairuz Selamat
“Saya suka idea itu, masa nyanyi bahasa jepun itu tadi mungkin lebih dramatik. Bila masuk ke muzik jawa kamu nampak lebih enjoy. Bila nyanyi satu lagu yang mempunyai dua makna berbeza perlu ada kontra dan smooth,”
“Saya nak awak beri lebih lagi sebab awak boleh pergi jauh,jangan sia-siakan orang yang sokong awak” Datuk Syafinaz Selamat
Livin La Vida Loca - The Lima
“Perkembangan kamu sangat bagus, tapi Bonny kamu tak rasa jealous ke?
“Bila kamu buat harmony dia macam tak kena, kerana mereka nyanyi 10 kamu 7. Dia cacatkan usaha Arif dan Taura. Tapi kamu masih ada perkembangan,” Datuk Ramli M.S
“The Lima dah buat macam-macam. Lepas ini apa lagi? Untuk bawa satu level lagi apa yang anda mahu buat? - Datuk Syafinaz Selamat.
Mas Que Nada - Liza Aziz
“Dari persembahan tadi kami tahu kamu ready untuk buat persembahan, secara keseluruahan saya rasa ini persembahan yang sangat-sangat bagus, kalau duet saya tak bagi banyak markah cuma yang ni awak memang all out,” Datuk Syafinaz Selamat.
I Will Go To You Like The First Snow - Sheila Abdull
“Kenapa jiwa itu macam struggle kamu menyanyi? Dia merintih tapi saya rasa ada yang tak kena,” Datuk Ramli M.S
Corazaon Espinado - Ronnie Hussien
“Relax ya kamu menyanyikan lagu ini, meskipun lagu ini lagu lain bahasa tapi kamu berjaya membawanya dengan baik sekali,” Hetty Koes Endang.
Winter Sonata - Dadali Dyrga
“Alhamdulillah, kalau lagu duet perlu diperbaiki, tapi lagu ini kamu sangat bagus.
“Nada tinggi lulus, nada rendah pun best. Kamu dah buat macam-macam tapi saya mahu kamu untuk tonjolkan lagi dari segi vizual. Saya rasa tak perlu diperkatakan lagi kamu memang boleh nyanyi,” - Datuk Syafinaz Selamat.
Cinta Di Akhir Garisan - Sheila Abdull & Liza Aziz
“Kamu berdua mempunyai kekuatan yang sama, itu secara solo.
“Bila kita kena duet itu yang agak susah untuk membunuh ego kita, jadi bila duet perlu ada keserasian. Tapi kamu berdua berjaya malam ini,” - Hetty Koes Endang.
Tapi Bukan Aku - Dadali Dyrga & Ronnie Hussien
“Bila tahu ada tiada masalah ear monitor, maknanya kamu berdua ada masalah intonasi.
“Tapi persembahan ini apa yang saya suku adalah komunikasi antara anda berdua. - Datuk Syafinaz Selamat.
Tak Mungkin Kerna Sayang - Ning Baizura & Zehra Zambri
“Ini adalah semangat setia kawan, you bertanding sama tapi kamu bagi laluan. Adalah benda sikit-sikit tapi biarlah. Tapi persahabatan atas pentas sangat penting,” - Datuk Ramli M.S
“Kena hati-hati, lihat lirik sebab ekspresi itu tidak sama kerana lagu ini sangat mendalam. Apa-apa pun kamu berdua dapat ‘gebprek’,” - Hetty Koes Endang.
Kau Bunga Cintaku - Fairuz Selamat & The Lima
“Jadi waktu seminggu itu memang tidak lama, Fairuz kamu kena masuk dalam kumpulan ini,” - Hetty Koes Endang.
Berikut adalah keputusan penuh peserta GV11 mengikut ranking:
Untuk minggu kelapan, bintang Gegar Vaganza dicabar dengan tema ‘Kengkawan’ dimana mereka harus menyanyikan lagu pilihan bintang GV yang lain.
Gegar Vaganza 11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.
Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
Must-Watch Video