Gegar Vaganza 11

Gegar Vaganza 11: Tak Sedih Disingkirkan, Rezeki Berlakon Pula Menanti Arorra Salwa - “Saya Sudah Dapat...”

Asyraf Roslan
13/01/2025
10:25 MYT
Sponsor Banner
Gegar Vaganza 11: Tak Sedih Disingkirkan, Rezeki Berlakon Pula Menanti Arorra Salwa - “Saya Sudah Dapat...”
Bintang Gegar Vaganza 11 (GV11), Arorra Salwa meluahkan rasa syukur kerana dapat bertahan sehingga minggu kelapan.
Tahu mempunyai kekurangan dalam bidang nyanyian, Arorra sendiri berkongsi dimana dia sudah bersedia untuk disingkirkan malah menganggap setiap minggu adalah giliranya untuk disingkirkan.
“Sebenarnya setiap minggu saya memang sudah bersedia dari segi mental dan bercakap minggu ini adalah minggu terakhir untuk saya. Sebab itu bila saya terkeluar saya tidak rasa terlalu sedih,” katanya.
Pada masa sama, Arorra juga memaklumkan sudah menerima tawaran lakonan daripada penerbit dan pengarah, Datuk Yusof Haslam.
“Lagi satu saya rasa dengan penyingkiran ini memudahkan lagi untuk saya fokus kepada apa yang sudah menanti di depan.
“Habis je dengan GV, 21 hari bulan saya akan mula masuk ke set penggambaran, saya sudah dapat tawaran berlakon untuk drama episode oleh Datuk Yusof Haslam,” ujar Arorra.
Arorra Salwa menduduki tangga tiga terbawah bersama Zehra Zambri dan Ronnie Hussien selepas mendapat markah terendah daripada juri tetap.
Namun perjalanannya terhenti apabila diumumkan tiada lagi lagu buatnya semasa segmen ‘Ada Lagu Ada Lagi’.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024