Gegar Vaganza 11: Tinggal Dua Minggu Lagi! Tema ‘Rockdut’ Tiket Untuk Ke Separuh Akhir, Semak Tugasan Lagu Minggu Kesepuluh
Bintang Gegar Vaganza 11 (GV11), Fairuz Selamat boleh menarik nafas lega apabila tiada penyingkiran diumumkan sewaktu segmen “Ada Lagu Ada Lagi” pada minggu kesembilan.
Manakala, Ning Baizura terus memecut ke tangga pertama apabila berjaya memberikan persembahan terbaik menerusi lagu Firts Love nyanyian asal Hiraku Utada dan juga Tak Mungkin Kerana Sayang duet bersama Zehra Zambri.
Bagi memberi cabaran buat bintang GV pada minggu suku akhir ini mereka dicabar dengan tema ‘RockDut’ dimana peserta harus menyanyikan lagu bergenre rock dan dangdut secara medley.
Berikut merupakan senarai lagu yang akan dipersembahkan oleh lapan peserta GV11 pada minggu kesembilan:
1. Senggol Senggolan Cubit Cubitan / Tiada Lagi - Ning Baizura
Gegar Vaganza pada tahun ini juga masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.
Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad dari Auditorium MBSA, Shah Alam.
Rancangan ini juga akan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).
Rancangan nyanyian yang dinanti-nantikan ini turt boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.
Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*. Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan.