Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Gegar Vaganza 11

Gegar Vaganza 11: Tok Ram Bangga! Lagu Bukan Pilihan Buat Peserta Kerja Keras - “Walaupun Ada Yang Bukan Jiwa, Tapi Saya…”

Asyraf Roslan 10/01/2025 | 11:55 MYT
Juri tetap Gegar Vaganza 11 (GV11), Datuk Ramli M.S akui kesemua bintang GV yang masih kekal melakukan kerja yang sangat baik apabila lagu yang dipilih bukan dari kebiasaan mereka.
Jelas Ramli atau lebih mesra disapa sebagai Tok Ram, jika bintang-bintang ini membawakan lagu yang mereka sudah selesa kebarangkalian untuk mereka leka itu sangat tinggi kerana sudah terlalu biasa.
“Kalau ikut list mereka itu, lagu itu mereka dah pernah bawa jadi untuk buat sambil lewa itu akan ada jadi bila macam ini mereka akan bekerja sedikit untuk berikan yang terbaik.
“Jadi saya lebih prefer kami yang bagi lagu tugasan, sebab ia akan nampak segar,” ujarnya.
Pada masa sama, selaku pengarah muzik GV11 juga, Tok Ram meluahkan rasa bangga dengan kesemua bintang yang berjaya membawakan lagu pilihan juri dengan baik sekali.
“Pujian harus diberikan kepada mereka, kerana tiada siapa tengok monitor sebab mereka hafal lirik.
“Sepatutnya begitulah, kalau saya tengok persembahan mereka sangat berbeza dengan raptai. Saya sangat gembira dengan result yang mereka berikan, mereka benar-benar buat homework.
“Walaupun ada yang bukan jiwa, tapi saya hargai apa yang mereka lakukan,” tambahnya.
Terdahulu, Ramli M.S menyatakan bahawa dia mahu memilih lagu untuk semua bintang GV11 selepas melihat prestasi yang sangat memberangsangkan pada minggu ketujuh.
Untuk minggu ketujuh, sembilan bintang GV11 dicabar untuk menyanyikan lagu diluar kebiasaan mereka menerusi tema Gwencana.
Liza Aziz membuktikan kehebatan apabila berjaya menduduki tangga pertama menerusi persembahanya yang menyanyikan lagu Damelo dan mendapat markah tinggi daripada Tok Ram.
#Gegar Vaganza #GV11 #Datuk Ramli M.S
;