Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Gegar Vaganza 11

Gegar Vaganza 11: Tok Ram Dedah Ning Baizura Hampir Tersingkir Jika Inka Christie Tidak Buat Kesilapan - “Sebenarnya Lagu Itu Tak…”

Asyraf Roslan 16/12/2024 | 05:55 MYT
Juri tetap Gegar Vaganza 11 (GV11), Datuk Ramli M.S mendedahkan jika bintang GV, Inka Chirstie tidak membuat kesalahan peserta yang akan tersingkir adalah Ning Baizura.
Namun jelas Ramli M.S atau lebih mesra disapa sebagai Tok Ram, persembahan Inka ketika menyanyikan lagu Warna nyanyian asal Datuk Sheila Majid gagal menambat hati juri.
“Saya rasa GV ini tak perlu bagi tahu sebab netizen juga boleh tahu.
“Semasa Ning menyanyi markah dia paling rendah jadi saya ingat dia akan terkeluar tapi selepas giliran Inka, markah dia pula yang rendah.
“Sebenarnya lagu itu tak fit dia, Inka tak boleh bawa lagu itu. Kalau ikut atas kertas rule music technical, bila dia nyanyi lagu pop pun dia tak stabil, apa lagi dia nak nyanyi lagu jazz.
“Dia nyanyi lagu jazz keluar rumah tak balik-balik, kalau dia balik pun dia kena ikut jalan yang jauh atau mungkin dia sesat,” kata Tok Ram kepada Gempak.
Pada masa sama, Tok Ram turut menyatakan bahawa lagu Sheila Majid itu sukar dinyanyikan
“Musik itu hierarki tinggi, hanya untuk pendengar eksklusif. Lagu Sheila Majid itu sukar untuk dinyanyikan,” tambahnya.
Inka mendapat markah sebanyak 53.40 peratus selepas gagal menambat hati juri menerusi persembahannya yang menyanyikan lagu Warna.
Selain Inka, turut berada ditangga tiga terbawah adalah Ning Baizura dan Illa Sabry.
Gegar Vaganza 11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.
Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
#Ning Baizura #GV11 #Gegar Vaganza 11 #Datuk Ramli M.S #Inka Chiristie
;