Gegar Vaganza 11
GV 11: Hetty Koes Endang Gembira Dapat Kembali Sebagai Juri, Harap Peserta Santai Membuat Persembahan - “Anggap Sahaja Ia Seperti…”
Penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang mengharapkan setiap peserta Gegar Vaganza musim ke-11(GV11) tidak tertekan semasa bertanding.
Menurut juri tetap GV itu, apa yang penting adalah setiap peserta seharusnya menjaga kesihatan mereka sepanjang bertanding di program realiti hiburan pilihan peminat itu.
“Pesertanya semua sudah juara, sudah hebat-hebat yang dulu mungkin peminatnya sudah jutaan tapi kali ini kembali lagi untuk bertanding secara sihat.
“Kesihatan tetap nombor satu, dalam pertandingan pastinya ada kalah dan menang tetapi setiap minggu kita nyanyi ia sama seperti latihan.
“Jangan tertekan dengan pertandingan ini, anggap sahaja ia seperti persembahan biasa namun ia dinilai oleh para juri,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: GV11: Terbuka Hati Selepas Buat Persembahan Bersama Noryn Aziz, Liza Aziz Akhirnya ‘Say Yes’ Untuk Bertanding - “Saya Rasa Ia Masa Yang Sesuai”
ARTIKEL BERKAITAN: GV11: Ronnie Hussein Sebak Impian Arwah Ibu Tak Kesampaian Tengok Beraksi Di Pentas GV – “Dia Percaya Yang Saya Boleh Buat & Banggakan Dia”
ARTIKEL BERKAITAN: GV11: Ning Baizura Terbuka Bakal Dikomen Juri & Rakan Industri - "Datuk Syafinaz Memang ..."
Pada masa sama, Hetty atau lebih mesra disapa sebagai Bunda Hetty menzahirkan terima kasihnya kepada pihak Astro kerana masih memberi kepercayaan kepadanya untuk menjadi juri GV buat kali keenam.
“Saya nak ucapkan terima kasih kepada Astro kerana sudi memanggil saya kembali untuk menjadi juri. Maaf kalau sentiasa melambatkan masa tapi sebenarnya izinkan saya bercakap kerana saya nak bagi lebih (ilmu) kepada peserta,” ujar Bunda Hetty.
Selain Hetty Koes Endang, persembahan peserta GV11 juga akan diadili oleh Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
Penganjuran GV 11 menampilkan 14 peserta antaranya Ning Baizura, Aurora Salwa, Yazid Lovehunters, Inka Christie, Dadali Dygra, Nai Dinamik, Liza Aziz, Reshmonu, dan Illa Sabry.
Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan berlangsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam.
Rancangan ini juga akan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).
Rancangan nyanyian yang dinanti-nantikan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.
Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*. Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan.