Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Gegar Vaganza 11

GV11: Ning Baizura, Ronnie Hussien, Liza Aziz, Shiela Abdul & Reshmonu Antara 14 Bintang Yang Bakal Bertanding Tahun Ini!

Asyraf Roslan 06/11/2024 | 07:59 MYT
Rancangan realiti nombor satu, Gegar Vaganza (GV) kembali untuk musim kesebelas selepas meraikan sedekad kejayaan rancangan tersebut pada tahun lepas.
Membawa semangat bintang-bintang baharu, GV 11 bakal menyaksikan 14 peserta merebut takhta juara yang pernah menjadi milik Jaclyn Victor, Noryn Aziz, Ayai Ilusi dan Siti Nordiana.
Antara bintang yang akan menyerikan pentas GV kali ini adalah Ronnie Hussein, Nai Dinamik, Fairuz Selamat, Yazid Lovehunters, Reshmonu, Liza Aziz, Shiela Abdul, Arrora Salwa, Zehra Zambri, Illa Sabry dan pelantun lagu Awan Yang Terpilu, Ning Baizura.
Turut memberi saingan, pentas GV juga akan menyaksikan penampilan penyanyi lagenda dari Indonesia iaitu Inka Christie, Dadali Dyrga dan The Lima yang dianggotai oleh Taura, Bony dan Arif.
Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini juga masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.
Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
GV 11 bakal bermula pada 24 November ini dan berlangsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam.
Rancangan ini juga akan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).
Rancangan nyanyian yang dinanti-nantikan ini turt boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.
Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*. Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan.
#Gegar Vaganza #Ning Baizura #Liza Aziz #GV11 #Ronnie Hussien
;