UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Gegar Vaganza 2021

Gegar Vaganza 11: Dadali Dyrga Hampir Marah, Terkejut Lihat ‘Kembar’ Naik Pentas - “Saya Dihalang Oleh Pihak Produksi Dan….”

Asyraf Roslan 03/02/2025 | 05:55 MYT

Bintang Gegar Vaganza 11 (GV11), Dadali Dyrga, mengakui hampir meluahkan rasa marah apabila dihalang naik ke pentas bagi membuat persembahan pada malam separuh akhir.

Bagaimanapun kata Dyrga, rasa marah itu bertukar sebaik sahaja melihat individu mirip wajahnya yang menggantikan dirinya di atas pentas itu adalah pelawak, Shahrol Shiro.

"Sejujurnya, tadi saya sudah rasa nak marah. Bila nama saya diumumkan, saya memang sudah bersedia untuk naik ke pentas kerana VT saya tiada, jadi saya ingat saya akan masuk terus.
“Tapi tiba-tiba saya dihalang oleh pihak produksi, dan saya terkejut apabila melihat seseorang yang kelihatan seperti saya sudah berada di atas pentas.

“Lama-lama baru saya sedar, rupa-rupanya itu Shahrol! Kami memang sudah berjanji, tetapi katanya dia tak dapat datang kerana mahu mengerjakan umrah.

"Bila saya nampak dia ada di pentas, saya betul-betul terkejut!" katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Dyrga turut mendedahkan bahawa dia dan Shahrol bakal membintangi sebuah filem bersama tidak lama lagi.

"Insya-Allah, kalau ada rezeki, saya dan Shahrol akan berlakon dalam satu filem bersama. Bulan Mei nanti, kami akan ada perbincangan untuk skrip," katanya ringkas.

Terdahulu, Shahrol Shiro hadir ke pentas separuh akhir Gegar Vaganza 11 untuk membuat kejutan buat Dyrga Dadali, yang menyanyikan lagu Apokalips dan Satu Masa Impian, nyanyian asal Datuk M. Nasir.

;