Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Gegar Vaganza 2021

GV8: Corat-Coret Konsert 6; Rambut Legolas Aweera, Microfon Tergolek Bunda Hetty & Eh Ramainya Pengantin Lelaki

Amri Hassan 30/12/2021 | 03:56 MYT
Konsert minggu keenam Gegar Vaganza 8 (GV8) menyaksikan Upiak Isil menjadi bintang ketiga tersingkir selepas Datuk Fazley Yaakob dan kumpulan hip hop trio Nico G.
Upiak berada di kedudukan terbawah selepas Bandi Amuk yang cuma berbeza markah hanya 0.1 peratus sahaja.
Sepanjang konsert keenam bersiaran secara langsung pada Ahad lalu, ada beberapa perkara menarik yang berlaku di dalam dewan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Jom, Gempak kongsikan apa yang penonton tak nampak di kaca televisyen.
#1 Ada peminat hadir dengan lengkap berbaju pengantin baik lelaki mahu pun perempuan. Sesekali floor manager mengusik mereka; "Pengantin lelakinya tiga, pengantin perempuan satu. Macam mana tu?"

A post shared by ????? ???????? ???? ???? (@nikkipals_official)

#2 Jihan asyik bercerita pasal Tupperware ketika bencana banjir, namun pada masa sama pengacara tersohor Datuk Aznil Nawawi sempat melayangkan tweet fasal Tupperware di media sosialnya.
#3 Mikrofon juri tetap Hetty Koes Endang jatuh tergolek dari tempat duduknya hingga ke Datuk Syafinaz Selamat selepas mendengar nyanyian Sa.Ya. Kenapa tu?
#4 Upiak mengubah lagu Sembunyi (Misha Omar ft Andy Flop Poppy) kepada versi rock dan disuntik elemen dangdut. Ewah! Lain macam sampaikan Datuk Syafinas tersenyum simpul sambil mendengar monitor.
#5 Ramai puji penampilan baharu Aweera dengan rambut yang lurus dan diwarnakan dengan warna seakan-akan perang. Ada yang kata macam watak Legolas (Lord of the Rings). Amboi... ada yang pecah ovari?
#6 Postur Azan Scan yang sedikit membongkok ketika menyanyikan lagu hit Malam Semakin Dingin berduet dengan Tajul mengganggu persembahannya. Nampak struggle, betul kata Hetty postur itu buatkan projeksi suaranya tersekat.
#7 Tak pasal-pasal di Twitter pula, ada yang samakan Azan Scan dengan abang TikTok air mellow. Lol
undefined
#8 Suki mendapat standing ovation dari Hetty. Menyanyikan lagu Tiga Malam Tanpa Bintang, Suki yang berduet dengan Khai Bahar juga mendapat markah tertinggi minggu ni. Cayalah!!!
#9 Aliff Aziz yang menyanyikan lagu Belenggu Rindu bersama Iman Troye memakan masa paling lama untuk kru mengangkat props tiang besar ke pentas. Berkonsep persembahannya, tapi berbaloi kan!
#10 Lucu sebenarnya apabila Jihan Muse kerap berkaki ayam dari pentas ke runway (tengah-tengah dewan) sepanjang acara berlangsung. Mudahlah kot nak bergerak atau berlari tu...
11 bintang GV8 akan meneruskan persaingan minggu ini dengan lagu-lagu bertemakan Kelentang Kelentung. Agaknya siapakah yang bakal meraih gelaran juara mingguan pula ya?
GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.
Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.
#Viral #Konsert #Gegar Vaganza #Khai Bahar #Aliff Aziz #Aweera #peminat #Tersingkir #Twitter #Lagu #Upiak Isil #Rambut #GV #Blonde #Hetty Koes Endang #Iman Troye #Datuk Syafinaz Selamat #GV8 #Azan Scan #Corat Coret #Legolas #Suki Low
;