Gegar Vaganza 2021

GV8: Nico G Tersingkir, Tok Ram; "Kita Lihat Hanya Seorang Saja Bekerja, Lagi Dua Tu ..."

Amri Hassan
07/12/2021
02:50 MYT
Sponsor Banner
GV8: Nico G Tersingkir, Tok Ram; "Kita Lihat Hanya Seorang Saja Bekerja, Lagi Dua Tu ..."
Juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), Datuk Ramli MS melihat tiadanya kerja berpasukan daripada kumpulan trio hip hop Nico G menjadi punca penyingkiran mereka pada konsert minggu ketiga Ahad lalu.
BACA: "Kami Keluar Bermaruah" - Bertahan 3 Minggu Saja, Nico G Ada Banyak Plan Selepas Keluar GV8
Jelas Ramli, Nico G yang dianggotai oleh Nico, Affa dan Dino hanya bergantung pada seorang ahli mereka untuk 'bekerja' dalam ketiga-tiga konsert.
"Sebulat suara memang empat juri memberi markah rendah, salah satu sebab saya melihat kita memberikan pecahan markah 33% kepada setiap anggota kumpulan Nico G.
"Dari minggu pertama kita lihat hanya satu orang sahaja bekerja, yang lagi dua tu kurang bekerja. Ditambah pula dengan keadaan kesilapan yang banyak.
"Selalu dapat markah yang rendah kerana mereka hilang 67%, kalau kita bagi pun markah sangat kurang. Kalau tidak bekerja macam mana bos nak bagi gaji.
"Kita melihat sebagai kumpulan, mereka harus ada harmoni dan bekerjasama," katanya kepada Gempak.
Pada konsert ketiga, Nico G hanya berjaya mengumpul 50.10% sahaja sekali gus meletakkan mereka di kedudukan terbawah antara 13 bintang yang bertanding pada musim kali ini.
Sementara itu, Nikki Palikat yang menyanyikan lagu Semalam (Aina Abdul) berjaya mengungguli konsert minggu ketiga dengan kutipan markah sebanyak 84.8%.
Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
GV8 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.
Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November. Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.
Dalam pada itu, Program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) terbitan Astro Ria telah dinobatkan sebagai Program Muzik/Tarian Terbaik Asia di Asian Academy Creative Awards 2021 (AACA 2021) yang berlangsung di Singapura pada 3 Disember lalu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar