Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Gegar Vaganza 2021

“Inilah Masanya”- Digelar Sebagai ‘Powerhouse’ Utama, Nikki Palikat Dedah Mengapa Akhirnya Setuju Join Gegar Vaganza 8!

Hanafis Haris 12/11/2021 | 08:13 MYT

Bintang Gegar Vaganza Musim ke-8 (GV8) Nikki Palikat tampil memperjelaskan mengapa dia akhirnya bersetuju menyertai program popular berkenaan.

Menurut Nikki atau nama sebenarnya, Nicolette Louisa Palikat, 36, dia sebenarnya merasakan tahun ini adalah masa yang sesuai untuk membuat kemunculan semula atau ’comeback’.

“Ramai yang mungkin menyangka saya tidak aktif menyanyi, sedangkan saya ada je, cumanya selalu berada di cabang teater.

“Selain itu, anak tunggal saya, Liam Mok kini sudah pun berusia 11 tahun.

“Jadi rasanya inilah masa yang sesuai untuk ‘comeback’. Bila sudah bergelar penyanyi, komitmen pada kerjaya pasti akan besar.

“Jadi apabila bergelar ibu, naluri keibuan itu menebal. Misalnya saya mahu jaga anak sendiri, lalu komitmen terhadap keluarga menjadi lebih besar berbanding untuk menjadi penyanyi.

“Tapi sekarang ‘its a good time’ untuk kembali,” katanya.

Menurut Nikki lagi, dia juga percaya ini adalah waktu untuknya melangkah ke pentas GV selepas beberapa kali ke sesi uji bakat.

“Saya pernah ditawarkan (GV) cuma belum ada rezeki untuk menjadi finalis pada ketika itu.

“Namun saya tidak nafikan sejak dulu ada peminat menerusi media sosial yang bertanya bila mahu buat kemunculan kembali," katanya.

Untuk rekod, program realiti paling dinanti-nantikan, Gegar Vaganza muncul kembali untuk musim kelapan.

Bakal membuka tirai menerusi tagline ‘Bintang Kembali Menyengat’, pentas berprestij Gegar Vaganza lapan (GV8) akan menjadi medan penentu bagi 13 pesaing utama.

Enam bintang solo lelaki yang akan memberi saingan sengit untuk musim ini ialah Aweera, Azan Scan, Datuk Fazley Yaakob, Shidee, Bandi Amuk dan Aliff Aziz (Singapura).

Sementara itu, senarai penyanyi solo wanita yang menyahut cabaran untuk berentap dalam GV8 ialah Adibah Noor, Ani Maiyuni, Suki, Nikki dan Upiak Isil (Indonesia).

Musim ini juga turut meriah dengan kehadiran pelawak terkenal, Saiful Apek & Yassin serta Nico yang mewakili penyertaan secara duo dan berkumpulan.

Konsert mingguan ‘GV8’ pula akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 21 November 2021.

BACA: Pertempuran Hebat 3 ‘Penjuru’, Ini Senarai 13 Bintang Gegar Vaganza 8!

#Viral #GV8 #GegarVaganza8 #NikkiPalikat
;