Gegar Vaganza 2021

“Kalau Dulu Tergigit Lidah, Jadi Pelat” - Pernah Diserang Bell's Palsy, Adibah Noor Akui Sudah….

Hanafis Haris
14/11/2021
02:33 MYT
Sponsor Banner
“Kalau Dulu Tergigit Lidah, Jadi Pelat” - Pernah Diserang Bell's Palsy, Adibah Noor Akui Sudah….

Bintang Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) Adibah Noor akui masalah saraf atau bell's palsy yang menimpa dirinya sebelum ini telah pun pulih sepenuhnya.

Menurut Adibah, dia sebelum ini diserang penyakit itu pada bahagian muka sebelah kiri sekitar Disember lalu.

Susulan daripada itu dia terpaksa menjalani rawatan fisioterapi sebanyak 12 sesi.

"Alhamdulillah, bell’s palsy ni dah lama sembuh. Nyanyian saya pun dah tak kacau dah.

“Kalau dulu, ada juga tergigit- tergigit lidah dan jadi pelat. Sekarang, alhamdulillah saya sudah cukup sembuh.

“Dah boleh menyanyi untuk bersaing dalam GV8,” katanya.

Tambahnya, biarpun telah pulih dan mampu menyanyi, dia juga tidak mahu mengambil mudah soal vokal.

Menurut Adibah, dia bersyukur kerana pihak produksi turut menyediakan guru vokal di bawah penyeliaan Cikgu Siti Hajar.

"Saya kena buat banyak latihan vokal sebab dah lama sangat tak menyanyi.

“Selain itu, saya juga dah lama tak menyanyi secara 'live' di televisyen," katanya.

Adibah ditemui ketika sesi sidang media pelancaran GV8, baru-baru ini.

Untuk rekod, program realiti paling dinanti-nantikan, Gegar Vaganza muncul kembali untuk musim kelapan.

Bakal membuka tirai menerusi tagline ‘Bintang Kembali Menyengat’, pentas berprestij Gegar Vaganza lapan (GV8) akan menjadi medan penentu bagi 13 pesaing utama.

Enam bintang solo lelaki yang akan memberi saingan sengit untuk musim ini ialah Aweera, Azan Scan, Datuk Fazley Yaakob, Shidee, Bandi Amuk dan Aliff Aziz (Singapura).

Sementara itu, senarai penyanyi solo wanita yang menyahut cabaran untuk berentap dalam GV8 ialah Adibah Noor, Ani Maiyuni, Suki, Nikki dan Upiak Isil (Indonesia).

Musim ini juga turut meriah dengan kehadiran pelawak terkenal, Saiful Apek & Yassin serta Nico yang mewakili penyertaan secara duo dan berkumpulan.

Konsert mingguan ‘GV8’ pula akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 21 November 2021.

BACA: Pertempuran Hebat 3 ‘Penjuru’, Ini Senarai 13 Bintang Gegar Vaganza 8!

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar