Gegar Vaganza 2021

Main Sindir Di IG, Perang Upiak & Pereka Fesyen Dah Settle! - "Saya Tak Tolak Baju Dia, Cuma Kita Pun Ada Keinginan Nak ..."

Amri Hassan
13/12/2021
05:50 MYT
Sponsor Banner
Main Sindir Di IG, Perang Upiak & Pereka Fesyen Dah Settle! - "Saya Tak Tolak Baju Dia, Cuma Kita Pun Ada Keinginan Nak ..."
"Mujur orang bagi baju, kalau tak nyanyi tak pakai baju," demikian ulas bintang Gegar Vaganza 8 (GV8), Upiak Isil terhadap pergeseran pendapat dengan pereka fesyen Jimmy Couture baru-baru ini.
Jelas Upiak, 35, dia bukan artis yang tidak bersyukur apabila ada pihak yang menaja busananya setiap minggu namun isu tercetus apabila dia mula menyuarakan kehendaknya.
"Saya tak tolak baju dia, orang dah bagi pun bersyukur Alhamdulillah. Saya faham mereka nak fokus dengan orang lain lebih dahulu.
"Saya juga akur badan saya tak sesuai, kena kurus dulu. Tak semua baju kita cantik bila dipakai. Jadi perlu lebih masa kalau nak siapkan baju cantik-cantik untuk saya.
"Cuma kita juga ada keinginan nak menggayakan busana apa dan dirasakan kena dengan lagu yang dibawa. Satu lagu, pihak produksi program juga akan melihat busana yang akan digayakan sama ada kena atau tidak.
"Kalau tak okey, mereka minta tukar dan saya kena cari busana lain untuk memastikan ia bersesuaian di kaca televisyen. Ada peraturannya.
"Tapi saya tahu, Jimmy dan rakannya yang juga pereka fesyen telah cuba buat yang terbaik," tegasnya.
Penyanyi kelahiran Bukit Tinggi, Indonesia ini bagaimanapun menjelaskan perkara tersebut telah diselesaikan dengan baik bersama Jimmy, beberapa hari sebelum dia membuat persembahan pada minggu keempat ini.
"Saya bukan jenis yang akan memaksa orang untuk buat apa yang kita minta. Kalau orang itu tiada masa, tak akan kita nak paksa apa yang kita hendak," tambahnya.
Terdahulu, Jimmy menerusi Instagramnya berkongsi foto bintang GV7, Linda Nanuwil yang pernah menggayakan busana baju kurung klasik pada konsert tahun lalu bersama kapsyen berbaur sindiran.
"Awal-awal konsert GV ini kita tak perlu berlebihan. Tak semua busana perlu ‘blink-blink’. Semua perlu sesuai dengan karakter lagu dan artis. Jangan kita lihat orang pakai berlebihan, kita nak juga.
"Mungkin orang itu perlu sesuaikan dengan lagu. Bukan semuanya perlu terlihat ekstravaganza. Ini pertandingan nyanyian. Perlu seiring.Bukan seperti buat pertunjukkan.Lagu ada alur cerita. Pakaian juga perlu sesuai dan jangan sampai terlihat canggung.
"Fokus pada persembahan nyanyian dan persembahan pentas masing-masing.Jangan iri dan lihat pada orang lain.Pakain yang ekstravaganza wow bukan ukuran anda mendapat markah yang tinggi. Sebab itulah kena berbincang dengan pereka fesyen, dan jangan buat keputusan sendiri," tulis Jimmy.
Tidak menunggu lama, Upiak lantas membalas kenyataan Jimmy dengan komen berbunyi; "Jangan main sindir-sindir, cakap terus."
Ditanya tentang hubungan mereka, Upiak mengaku tidak menyimpan dendam di hati dan menganggap hal itu telah berlalu selain tetap akan selamanya berkawan dengan Jimmy.
"Kami sudah lama kenal dan berkawan. Sampai mati pun akan berkawan dengan dia. Selepas insiden itu pun, baru-baru ini kami ada juga berjumpa dan berpeluk. Gaduh-gaduh bak adik-beradik, biasalah…," katanya.
Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
GV8 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.
Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November. Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024