Gegar Vaganza 2021

Makin Kacak Persis Legolas, Aweera Tak Nafi Gaya Rambut Bawa Tuah! - "Tapi Ada Pula Peminat Yang..."

Hanafis Haris
10/01/2022
23:49 MYT
Sponsor Banner
Makin Kacak Persis Legolas, Aweera Tak Nafi Gaya Rambut Bawa Tuah! - "Tapi Ada Pula Peminat Yang..."
"Mungkin serba sedikitlah," itu jawapan bintang Gegar Vaganza lapan (GV8) Aweera apabila ditanya sama ada perubahan rambutnya membawa tuah sejak beberapa minggu yang lalu.
Menurut Aweera, dia mahukan sedikit kelainan dan lari daripada imej kerintingnya buat sementara waktu.
"Perubahan rambut bawa tuah? Mungkin serba sedikit la, pembaharuan.
"Sebelum ni saya rambut kerinting, jadi saya nak kelainan. Bukan hanya daripada segi nyanyian, tetapi fesyen juga," katanya.
Jelasnya, biarpun bersedia mengubah imej sedikit demi sedikit, namun ramai peminat yang meminta supaya imej lama dikekalkan.
"Sebenarnya ada juga peminat yang tak suka dan tak mahu rambut lurus. Mereka nak kerinting juga.
"Tapi memang saya lebih selesa dengan kerinting sebab itu trademark saya," katanya usai konsert kelapan GV yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) kelmarin.
Untuk makluman, rambut Aweera mula menjadi tumpuan sejak konsert minggu keenam.
Ramai yang memuji penampilan baharu Aweera yang ketika itu menggayakan rambut lurus dan diwarnakan dengan warna seakan-akan perang.
Malah, ada yang menyamakan Aweera dengan watak Legolas daripada filem Lord of the Rings!
BACA: GV8: Corat-Coret Konsert 6; Rambut Legolas Aweera, Microfon Tergolek Bunda Hetty & Eh Ramainya Pengantin Lelaki
Terdahulu, kumpulan Sa.Ya menjadi bintang kelima tersingkir selepas Bandi Amuk, Upiak Isil, Datuk Fazley Yaakob dan kumpulan trio Nico G.
Pada malam konsert kelapan semalam, Sa.Ya menyanyikan lagu Blus Terengganu Kita nyanyian asal kumpulan Iklim menerima markah sebanyak 58.20% selepas Shidee dengan markah 58.60%.
BACA: GV8: Kreatif Tapi Vokal Kurang Gah Punca Sa.Ya Tersingkir!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar