Gegar Vaganza 2021

Muka Berubah Nampak Macam 'Kembung' Ketika Konsert, Fazley; "Maybe Sebab Saya Nervous Sangat"

Amri Hassan
27/11/2021
03:55 MYT
Sponsor Banner
Muka Berubah Nampak Macam 'Kembung' Ketika Konsert, Fazley; "Maybe Sebab Saya Nervous Sangat"
Bintang Gegar Vaganza 8 (GV8), Datuk Fazley Yaakob beranggapan situasi gementar dan cuak ketika membuat persembahan mungkin penyebab wajah dan badannya kelihatan kembang pada konsert pertama minggu lalu.
Jelas Fazley, dia akui ramai yang keliru apabila melihat dirinya di luar pentas yang ternyata lebih kurus berbanding di kaca televisyen.
"Benda kelakar berlaku sejak pentas @gegarvaganzaofficial ahad hari tu, yang jumpa semua cakap, gegarvaganza tu bila punya show? Dah lama ke shoot? KENAPA AWAK NAIK BADAN SANGAT MASA GV? Kat luar ni awak kurus je?! Hahaha
"So kat sini saya tunjuk gambar masa concert dengan gambar dari hari yang sama, sebelum concert dan selepas concert. HARI YANG SAMA.
"Maybe sebab saya nervous sangat kot masa 1st concert jadi badan and muka saya naik jadi kembong kot?! Hahaha.. what do you guys think?" ujarnya.
Hal itu dipersetujui oleh Dina Nazir yang mengakui imejnya akan kelihatan lebih besar di kaca televisyen.
"Memang gitu kan abg! Orang tengok i kat TV pastu jumpa in person pun pelik. I told them, i dengan Taylor Swift pakai seluar same size kot! They always think i am bluffing," katanya berseloroh.
Manakala, kata Ieysa Toh; "TV kan mmg akan buat kite tambah weight sebab tu nampak abang @saifulapek kurus, kat luar lagiiii kurus.. Kalau kite pulak abang, uwarghhh nangissss."
Konsert minggu pertama GV8 menyaksikan Fazley yang menyanyikan lagu Asmara Ini berada di kedudukan terbawah antara 13 bintang yang bertanding tahun ini.
GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.
Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar