Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Gegar Vaganza 2021

“Saya Dah Pesan Awal-Awal Tak Mahu Suki Sebab…” - Nikki Palikat

Hanafis Haris 23/01/2022 | 01:33 MYT

Bintang Gegar Vaganza lapan (GV8) Nikki Palikat mendedahkan bahawa dia tidak mahu bergandingan dengan Suki Low untuk pusing ‘battle’ di konsert final yang berlangsung malam ini.

Menurut Nikki, lagu Gangnam Style (PSY) memerlukan kemahiran untuk rap dan itu merupakan ‘makanan’ buat Suki.

“Diorang (produksi) jahat sebab i dah pesan awal-awal tak mahu Suki.

“Sebab dia pandai rap, i tak nak... dan rupanya Suki pun tak mahu i,” katanya berseloroh.

BACA: "Maaf Saya Tak Boleh Dedahkan Siapa Individu Itu" - Suki Low

Tambah Nikki, Suki juga pakar dalam pelbagai genre terutama membabitkan lagu Korea.

“Suki semua genre dia dah pukul, dia dah rap, dia bawa lagu Korea.

‘Now dia rap Korea. Memang ‘makanan’ dia la,” katanya.

Nikki berkata demikian ketika program Kapsul GV yang ditayangkan di Astro Ria, malam semalam.

Sekadar info, pada minggu final malam ini, Nikki akan bertarung dengan Suki untuk menyampaikan lagu Gangnam Style dalam pusingan ‘battle’.

Untuk segmen solo, Nikki akan membawa lagu Terasing (Datuk Sudirman Haji Arshad), manakala lagu Mengapa (Nicky Astria) duet bersama Idayu.

BACA: Clash Of The Titans! Peminat Tak Sabar Aweera & Aliff Aziz Bertarung, Battle Paling Menggerunkan?

#Viral #GV #GV8 #Gegar Vaganza 2021 #SukiLow
;