Gegar Vaganza 6
"Bukan Sebab Masalah Kesihatan Tapi ..." - Nurfatima Rancang Timang Anak Selepas Habis GV2019
Bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019), Nurfatima menafikan dirinya dan suami, Mohd Jeffry Wain Wright punyai masalah kesihatan ekoran masih belum memiliki cahaya mata selepas enam tahun berkahwin.
Jelas pelantun lagu Selembut Sutera itu, dia dan suami mengambil keputusan untuk berbulan madu dalam tempoh tersebut memandangkan masing-masing juga sibuk dengan komitmen tugas.
"Tiada masalah pun sama ada saya atau suami, cuma kami merancang. Kalau ikutkan budaya kita orang Melayu, selepas berkahwin kena ada anak terus.
"Sesetengah pihak tak bersetuju dengan pendirian kami tetapi itu pilihan masing-masing.
"Kalau ikutkan hati memang rasa nak ada anak sendiri tetapi disebabkan kerjaya saya pun dengan kanak-kanak, keinginan itu terubat.
"Disebabkan saya dan suami pun masing-masing sibuk, kami memilih untuk fokus pada karier terlebih dahulu," katanya kepada Gempak.
Nur mendirikan rumah tangga bersama Jeffry, 50, sejurus selepas menamatkan pengajiannya di Canberra, Australia sebelum memutuskan untuk terus menetap di sana.
"Selepas habis belajar saya berkahwin dan nak berbulan madu dulu puas-puas. Lagipun, suami saya sudah punyai dua cahaya mata daripada perkahwinan sebelum ini.
"Sekarang sampai satu tahap yang saya fikir kami pun patut ada zuriat sendiri," tambahnya.
Sementara itu, Nur jelaskan dia berhasrat untuk menyimpan wang kemenangan tempat keempatnya dalam GV2019 untuk kegunaan masa hadapan.
Nur memenangi wang tunai RM20,000, pakej percutian ke Chiang Mai, Thailand dan trofi GV2019.