Gegar Vaganza 7

"Tangan Kebas, Rasa Nak Baring Tiba-Tiba Terus Pengsan" - Yantzen Cerita Detik Cemas Dikejarkan Ke Hospital Sebelum Persembahan GV

Amri Hassan
02/11/2020
04:50 MYT
Sponsor Banner
"Tangan Kebas, Rasa Nak Baring Tiba-Tiba Terus Pengsan" - Yantzen Cerita Detik Cemas Dikejarkan Ke Hospital Sebelum Persembahan GV
Bintang Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), Yantzen mengakui tidak cukup rehat menyebabkan dia 'tumbang' pada minggu ketiga sebelum naik ke pentas untuk membuat persembahan.
Kata Yantzen, 61, tangannya mula rasa kebas dan dia meminta izin untuk berbaring sebelum tidak sedarkan diri dan dibawa paramedik ke hospital berdekatan.
"Mula-mulanya tangan saya rasa kebas dan saya nak berbaring. Tiba-tiba terus pengsan.
"Dari rehearsal dan pada hari konsert saya baik-baik sahaja. Cuma, ketika tiga persembahan sebelumnya itu saya rasa badan saya lemah dan kepala berpusing-pusing! Mungkin sebab tertekan sebab asyik terlalu fokus dengan persembahan saya.
"Apabila sampai ke hospital doktor tanyakan terlebih dahulu keadaan kesihatan saya sebelum ini dan rutin harian semasa saya.
"Kata doktor barangkali puncanya saya tidak cukup tidur dan rehat," katanya kepada Gempak.
Yantzen yang sepatutnya menyanyikan lagu Malam Ini Kita Punya (Bunkface) tidak dapat membuat persembahannya pada minggu lalu apabila dia diumumkan berdepan masalah kesihatan.
Justeru, produksi GV7 memutuskan untuk tidak menyingkirkan mana-mana bintang yang bertanding pada minggu ketiga dan lagu nyanyian sepatutnya Yantzen itu dibawa ke minggu keempat (malam tadi).
Yantzen juga dinasihatkan untuk menjaga pemakanan dan mengawal tekanan sekeliling sepanjang di GV7.
Pada masa sama, Yantzen tidak menolak faktor tekanan bertanding menyebabkan badannya sukar untuk berfungsi dengan baik.
"Saya tak pastilah sejauh mana saya mampu uruskan tekanan sepanjang GV. Saya sudah 40 tahun menyanyi dan GV ini seolah-olah membawa saya kembali ke zaman muda... selain perlu menyanyikan lagu orang lain.
"Jadi, saya kena hafal lirik baharu. Mungkin ada tekanan sedikit.
"Disebabkan faktor usia juga, doktor menasihati saya untuk berehat, makan ubat dan jaga makan," tambahnya.
Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
GV7 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Datuk Khatijah Ibrahim sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.
Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.
Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar