Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Gegar Vaganza 9

GV9: “Adat Pertandingan, Tidak Kisah Dikedudukan Berapa Janji…” - Hazrul Nizam Syukur, Anggap GV Sebagai Keluarga

Mya Amri 28/11/2022 | 07:50 MYT
Penyanyi Hazrul Nizam menganggap kemenangannya dalam program Gegar Vaganza 9 (GV9) sebagai satu rezeki dan puas kerana telah melakukan yang terbaik.

Menurut Hazrul, tidak timbul istilah tidak puas hati bagi dirinya kerana dia sendiri tumpang gembira melihat kejayaan rakan-rakan GV9 yang sudah dianggap seperti keluarga.

“Adat pertandingan, tak kisahlah berada di kedudukan keberapa, saya dah buat yang terbaik. Alhamdulillah. Dapat teruskan buat cabaran rap, itu yang paling gembira sekali.

“Di GV9 ini pada saya ini bukanlah pertandingan lagi tetapi lebih kepada konsert satu keluarga. Kita pun mahukan rakan-rakan artis yang lain cemerlang juga.

“Hubungan kami dalam GV9 ini semuanya sudah dianggap seperti keluarga. Tak disangka juga sebenarnya sebab bila pertama kali bertemu, melihat mereka semuanya artis-artis yang gah,” jelasnya ketika ditemui Gempak selepas selesai konsert akhir GV9.

Mengulas mengenai GV9, Hazrul berkata kesemua bintang sangat ramah dan tidak lokek berkongsi ilmu.

“Semuanya baik, peramah dan tidak lokek ilmu walaupun ini pertandingan, mereka siap bagi nasihat antara satu sama lain.

“Kasi semangat dan kata-kata peransang, memang dah betul-betul jadi seperti sebuah keluarga. Jadi siapa yang menang saya sendiri tumpang gembira,” ujarnya.

Terdahulu pada malam final GV9, Hazrul dinobatkan sebagai pemenang tempat keenam manakala V.E pula ditempat kelima.

BACA: Menepati Ramalan, Jaclyn Victor Juara GV9! Menang 100,000.

Keputusan itu menyebabkan ramai yang tidak puas hati kerana mereka merasakan persembahan Hazrul lebih baik.

#GV9 #Gegar Vaganza 9 #Hazrul Nizam
;