Gegar Vaganza 9

"Kat Malaysia Susah Nak Terima Kalau Pelik Sikit" - Pereka Fesyen Ulas Gaun 'Punggung Kerengga' Jaclyn Victor

Amri Hassan
09/11/2022
06:55 MYT
Sponsor Banner
"Kat Malaysia Susah Nak Terima Kalau Pelik Sikit" - Pereka Fesyen Ulas Gaun 'Punggung Kerengga' Jaclyn Victor
Pereka fesyen Jimmy Couture tampil mengulas mengenai gaun viral yang dipakai bintang Gegar Vaganza 9 (GV9), Jaclyn Victor pada konsert kelapan Ahad lalu.
Jelas Jimmy, gaun yang direkanya itu diinspirasikan daripada rekaan dres tradisional era Victorian di Amerika Syarikat sekitar tahun 1887.
"Kecoh pasal gaun Jaclyn Victor. Ia cuma inspirasi dari Antique American Victorian dress tahun 1887.
"Cuma saya ubah depan dress mermaid dan belakang buat hoop skirt. Tapi bukan senang juga nak potong dan jahit cantum bahagian depan dan belakang tu.
"Hoop skirt belakang tak terpisah dengan dress untuk dapatkan mood design ni," ulasnya yang turut disertakan foto-foto rujukan.
Difahamkan bahagian belakang dres menggunakan struktur tulang dari material gentian keras untuk mendapatkan volume yang diinginkan.
Malah, dres itu juga menggunakan lebih 18 meter fabrik jenis sequin untuk disiapkan.
Dalam pada itu, Jimmy akur masih ramai dalam kalangan wargamaya yang masih kurang cakna dan faham tentang elemen yang ingin disuntik dalam rekaannya itu.
"Okey la tak payah terangkan panjang lebar. Tak ramai yang faham bila kita reka baju by inspired. Kan @abushaefhamza (jururunding gaya)
"Kat Malaysia susah nak terima kalau pelik sikit. But I’m happy dengan tanggungjawab yang diberikan," tambahnya.
Terdahulu, gaun Jaclyn berwarna ungu yang dipakai ketika menyanyikan lagu Lelaki Ini (Anuar Zain) pada Ahad lalu diusik hos GV9, Nabil Ahmad menyerupai bentuk badan pesohor Hollywood, Kim Kardashian.
Bagaimanapun, Jac menganggap ia hanyalah gurauan.
BACA: Busana Disamakan Dengan Kim K, Jaclyn Victor Anggap Nabil Ahmad Hanya Bergurau - "Mungkin Dari Tepi Nampak Macam..."
GV9 yang mula bersiaran 18 September dari Auditorium MBSA Shah Alam menampilkan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai pengacara.
Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Penerbitan ‘GV9’ turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi. Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama.
Sidang media ‘GV9’ turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur. Selain itu, penganjuran ‘GV9’ juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.
Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan ‘GV9’ secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024