Gegar Vaganza All Star
GV10: "Di Tempat Tinggi Itu Maksudnya ..." - Nabil Pesan Netizen Jangan Fikir Double Meaning Gurauan Fasal Mamat Exist!
Pengacara All Stars Gegar Vaganza (GV10), Nabil Ahmad menjelaskan salah faham netizen berhubung gurauannya tentang vokalis Exist iaitu Mamat di konsert pertama Ahad lalu.
Menurut Nabil, gurauannya itu telah disalah erti oleh segelintir netizen sehingga perkara itu dianggap membawa maksud negatif
“Ditempat yang tinggi itu maksud saya dia seorang lagenda. Dia dah berada di satu tahap yang lebih tinggi.
“Selepas dia masuk GV nama dia kembali naik dan orang suka dengan dia. Kemudian ada buat persembahan di Istana Budaya.
“Masa di Istana Budaya itu yang saya rasa macam wow. Saya sebelum ini tak pernah ada peluang untuk bekerja dengan abang Mamat.
“Masa di Istana Budaya itu ada sayu perasaan yang tidak boleh diungkapkan. Betul betul saya nampak dia seperti seorang legend.
“Kita membesar dengan lagu-lagu nyanyian dia seperti Oh Ibu, jadi bila kita tengok dia menyanyi balik lagu lagu itu kita letakkan dia di tahap yang tinggi.
“Untuk saya dia dah berada di satu tahap tersendiri iaitu yang tinggi,” jelasnya.
Nabil berkata demikian ketika ditemui Gempak pada sesi fotografi bintang Hot Seat dan hos All Stars Gegar Vaganza bertempat di 31 Square Damansara pada Selasa.
Dalam pada itu, Nabil juga menasihatkan segelintir netizen agar sentiasa berfikiran yang baik-baik tentang sesuatu perkara.
“Orang yang sering mensalah tafsir ni… Dia kena husnuzon. Apa orang cakap dia sepatutnya tidak ambil negatif.
“Kita kena husnuzon, apa-apa yang kita dapat tu kena husnuzon.
“Tapi saya okay. Mereka nak beri pendapat sebagai contoh yang saya tak patut cakap itu ini, saya okay sahaja.
“Nak cakap apa pun cakaplah tak ada masalah, saya okay, janji kita tahu apa yang kita buat,” ujarnya.
Terdahulu, gurauan Nabil menjadi bualan ramai apabila dia berseloroh tentang ketiadaan Mamat sebagai antara peserta bertanding pada musim kali ini.
Guarauan Nabil itu mengatakan Mamat tidak memasuki GV10 kerana berada di tempat yang lebih tinggi.
Ramai yang membuat spekulasi ayat Nabil itu membawa maksud lain atau double meaning.
All Stars Gegar Vaganza menampilkan Ayai Ilusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Datuk Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu serta Hady Mirza (GV6), Cliff Umar (GV7), Aliff Aziz (GV8) dan Jaclyn Victor (GV9).
Enam lagi nama yang dipilih adalah menerusi hot seat iaitu Tomok, Suki Low, Nikki Palikat, Ezad Lazim, Zamani dan Liza Hanim.
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.