Gegar Vaganza All Star

GV10: Dibandingkan Dengan Shila Amzah, Tomok Tak Kecil Hati - “Alhamdulillah Ini Rezeki Saya”

Mya Amri
26/09/2023
08:50 MYT
Sponsor Banner
GV10: Dibandingkan Dengan Shila Amzah, Tomok Tak Kecil Hati - “Alhamdulillah Ini Rezeki Saya”
Bintang All Stars Gegar Vaganza (GV10), Tomok tidak berkecil hati apabila ada yang membandingkan dirinya dengan penyanyi Shila Amzah.
Sebaliknya Tomok menganggap kemasukkan dalam GV10 ini adalah disebabkan rezeki dan juga hasil titik peluh para peminat yang mengundinya.
“Apa yang saya boleh katakan benda ini bergantung pada rezeki. Masing-masing ada kelebihan sendiri dan ini sebenarnya usaha daripada para peminat saya yang mengundi.
“Jadi saya tidak boleh menidakkan benda itu, kalau tak ada rezeki saya, maka tiadalah. Alhamdulillah ini rezeki saya.
“Saya tak boleh nak kata sama ada orang ini layak atau tidak sebab itu bukan atas saya. Semuanya disebabkan undian peminat.
“Terima kasih kepada semua peminat yang mengundi saya. Alhamdulillah saya dah berada dalam All Stars Gegar Vaganza,” katanya.
Tomok berkata demikian ketika ditemui Gempak pada sesi fotografi bintang Hot Seat dan hos All Stars Gegar Vaganza bertempat di 31 Square Damansara.
Pada malam konsert pertama, Tomok menyampaikan lagu berjudul Kata nyanyian asal Hazami yang merupakan bintang GV4.
Bagaimanapun untuk persembahan minggu pertama, Tomok menduduki tangga ke 9 dengan peratusan markah sebanyak 63.25%.
Terdahulu, ada segelintir netizen meluahkan rasa kecewa apabila nama Tomok disebut sebagai bintang yang mendapat tempat di hot seat berbanding Shila.
BACA: GV10: Persembahan Naqiu Jadi KPI! Liza Hanim Dapat Hot Seat Terus Kedua Tertinggi, Jom Semak Markah Markah Penuh
All Stars Gegar Vaganza menampilkan Ayai Ilusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Datuk Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu serta Hady Mirza (GV6), Cliff Umar (GV7), Aliff Aziz (GV8) dan Jaclyn Victor (GV9).
Enam lagi nama yang dipilih adalah menerusi hot seat iaitu Tomok, Suki Low, Nikki Palikat, Ezad Lazim, Zamani dan Liza Hanim.
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar