Gegar Vaganza All Star

GV10: “Kadang-Kadang Benda Tak Ada Apa Pun…” - Jihan Tak Sangka Ayat 'Hiking' Disalah Tafsir

Mya Amri
27/09/2023
02:56 MYT
Sponsor Banner
GV10: “Kadang-Kadang Benda Tak Ada Apa Pun…” -  Jihan Tak Sangka Ayat 'Hiking' Disalah Tafsir
Pengacara All Stars Gegar Vaganza (GV10), Jihan Muse tidak menyangka gurauannya sewaktu menyebut perkataan ‘hiking’ di konsert pertama minggu lalu menjadi tular.
Menurut Jihan, perkataan itu disebut secara spontan untuk menyambut gurauan Nabil dan tidak mempunyai sebarang maksud tersirat.
“Saya pun terkejut benda itu viral, sebenarnya sebagai pasangan hos Nabil saya akan patahkan apa sahaja yang dia cakap.
“Kadang-kadang saya tak tangkap pun benda yang disebut itu sensitif atau tidak, sebab program bersiaran secara langsung, kita pula laju dan spontan. Tak sempat nak proses pun.
“Apa yang saya boleh banter saya banter, maksudnya apabila dia kata di tempat yang tinggi, saya terus banter tinggi hiking.
“Bila orang ambil lain, berkait pula dengan situasi atau apa juga yang orang nak fikir, itu dah jadi benda lain,” jelasnya.
Jihan berkata demikian ketika ditemui Gempak di sesi fotografi bintang Hot Seat dan hos All Stars Gegar Vaganza bertempat di 31 Square Damansara pada Selasa.
Tambah Jihan lagi, kesemua bintang yang menyertai GV sejak dari musim pertama lagi sudah dianggap seperti sebuah keluarga termasuklah pengacaranya.
“Beginilah…. Sebenarnya orang kita sangat rajin mengkaji apa yang ada dalam kepala orang lain, apa yang orang lain nak cakap.
“Terlalu risaukan tentang apa yang ada dalam hati orang lain. Kadang-kadang benda itu tidak ada apa-apa pun.
“Mungkin kalau dalam kalangan kita dan jika abang Mamat ada pun, kami satu keluarga GV ini semuanya hormat dan rapat antara satu sama lain.
“Kalau nak cakap fasal bergurau, tengok Nabil bahan Tok Ram bagaimana, itu lagi jauh berusia. Tapi kenapa tak jadi isu? Sebab kawan-kawan.
“Saya susah nak terangkan, kadang-kadang penerangan saya ini pun mungkin boleh jadi satu tafsiran lain bila orang buat kajian tentang apa yang saya cakap.
“Jadi kadang-kadang saya nak bercakap pun kena susun ayat tu jadi betul. Kita ini hos spontan, program hiburan, tidak semua benda yang kita cakap itu terlalu bersusun dan akan jadi skema. Kalau begitu dia tidak akan jadi program hiburan,” katanya.
Dalam pada itu, Jihan berharap agar orang ramai dapat menikmati dan terhibur dengan program tersebut tanpa meletakkan sebarang perasaan prejudis.
“Anda sendiri tahu GV ini macam mana, cuma zaman awal-awal GV dulu penulisan di sosial media tidak serancak sekarang.
“Sekarang ini apa sahaja yang kita cakap, kita luahkan semua benda akan jadi tajuk dan clickbait, terus jadi berita.
“Orang itu ceduk, orang ni ceduk kemudian sensasikan. Netizen pun tulis itu ini terus jadi fitnah.
“Janganlah… Kita enjoy sahajalah, kami pun nak enjoy. Bila terlalu banyak complain, kita jadi teragak-agak nak buat kerja.
“Nak cakap ini tak boleh, nak cakap itu tak boleh, tak payah kerja. Tapi nanti jadi tak best pula, kemudian orang tanya mana hos, rindu pula.
“Jadi enjoy sahajalah show ini, kita ada 12 minggu sahaja All Stars, saya sudahlah setahun berehat. Baru kali ini nak berasa enjoy kembali sama-sama,”ujarnya.
BACA: GV10: "Di Tempat Tinggi Itu Maksudnya ..." - Nabil Pesan Netizen Jangan Fikir Double Meaning Gurauan Fasal Mamat Exist!
BACA: GV10: “Demi Kebaikan Semua Pihak, I’ll Be Signing Off…” - Kak Lina Mohon Maaf, Tak Akan muncul Di GV?
Terdahulu, gurauan Nabil menjadi bualan ramai apabila dia berseloroh tentang ketiadaan Mamat sebagai antara peserta bertanding pada musim kali ini.
Guarauan Nabil itu mengatakan Mamat tidak memasuki GV10 kerana berada di tempat yang lebih tinggi.
Gurauan itu kemudiannya disambut Jihan Muse dengan mengatakan Mamat sedang hiking.
Bagaimanapun ramai yang membuat spekulasi ayat Nabil itu membawa maksud lain atau double meaning.
All Stars Gegar Vaganza menampilkan Ayai Ilusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Datuk Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu serta Hady Mirza (GV6), Cliff Umar (GV7), Aliff Aziz (GV8) dan Jaclyn Victor (GV9).
Enam lagi nama yang dipilih adalah menerusi hot seat iaitu Tomok, Suki Low, Nikki Palikat, Ezad Lazim, Zamani dan Liza Hanim.
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar