Gegar Vaganza All Star
"Saya Expect Pilih Lagu Sendiri Akan Perform Bermati-Matian" - Tok Ram
Juri All Stars Gegar Vaganza, Datuk Ramli MS memberitahu sebanyak 80% markah dipecahkan kepada persembahan solo semua finalis yang bertanding.
Manakala, lagu 20% masing-masing merupakan markah untuk persembahan duet dan battle lagu KPop.
"Kita bagi solo 80%, sebab solo lagu pilihan mereka. Duet dan battle adalah lagu kami bagi. 10% setiap satu," ulasnya ringkas pada sidang media selepas acara.
Justeru, setiap juri meletakkan harapan tinggi buat semua finalis untuk memberikan persembahan terbaik pada pusingan solo untuk mendapatkan markah yang tinggi.
"Saya expect pilih lagu sendiri akan perform bermati-matian. Lepas first round saya dah tahu siapa menang," tambah Ramli lagi.
All Stars Gegar Vaganza menyaksikan juara GV9, Jaclyn Victor dinobatkan sebagai pemenang utama yang memenangi hadiah wang tunai RM200,000 dan trofi emas GV.
Pakej Percutian ke Switzerland sumbangan Kaki Jalan, pakej penginapan di Royale Chulan Hotel London sumbangan Royale Chulan Hotels & Resorts dan Baucer Dekorasi Ruangan sumbangan Ritz Reka.
Dalam pada itu, terdapat anugerah tambahan iaitu Anugerah Pilihan Boss Susu diberikan kepada Naqiu dan pemenang membawa wang tunai berjumlah RM10,000 tajaan Farm Fresh.
Kesemua finalis akan membawa pulang wang tunai RM10,000, pekej percutian tajaan Kaki Jalan dan trofi Gegar Vaganza.
Kesemua peserta perlu menyelesaikan tiga tugasan iaitu nyanyian solo, duet bersama artis undangan dan juga pusingan battle antara mereka.
Setiap persembahan dinilai oleh juri tetap, Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat manakala juri jemputan pula adalah ratu rock negara, Ella.
Konsert akhir GV8 dihoskan oleh Nabil Ahmad bersama Jihan Muse.