Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Reda Di Hantar Ke Hospital Bahagia, Hafidz Roshdi - “Hari Ini Adalah Episod Paling Suram Dalam Hidup…”

Shahrin Zulkifle 13/03/2023 | 06:30 MYT

Pelakon Hafidz Roshdi akur dengan keputusan Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu yang memerintakan untuk dia dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri.

Bagaimana pun, kata Hafidz dia enggan mengulas lanjut dengan keputusan yang dijatuhkan oleh mahkamah kepadanya pada Isnin.

“Saya akur dengan apa yang diputuskan oleh pihak mahkamah. Sebagai mana yang sedia maklum saya perlu mendapatkan rawatan di hospital. Itu sahaja yang boleh saya boleh komen,” ringkasnya.

Dalam pada itu, aktor tersebut berkata tidak pernah terlintas dalam fikiran bahawa suatu hari akan hadir ke mahkamah bagi menguruskan isu rumah tangga.

“Dalam menghadapi tempoh sukar ini saya pasti akan ada kemudahan pada akhirnya. Di dalam hidup saya antara momen indah adalah apabila mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati saya Nurul Shuhada.

“Tak pernah terlintas di lubuk fikiran saya pada hari saya akan berada di mahkamah kerana dituduh mencederakan orang yang saya sayangi. Saya adalah seorang manusia sama seperti semua yang ingin kebahagian ke penghujungnya.

“Namun hari ini, adalah episod paling suram dalam hidup saya dan reda dengan apa yang telah ditakdirkan,” tambahnya.

Malah, pemilik nama penuh Mohamad Hafidz Roshdi, 28, berkata dia menyerahkan sepenuhnya kes kemelut rumah tangga yang terjadi antara dia dan isteri, Nurul Shuhada kepada pihak mahkamah.

“Kini kes saya telah dihadapkan ke mahkamah dan biarlah mahkamah sahaja yang membuat pertimbangan yang sewajarnya.

“Saya serahkan hal ini kepada kebijaksanaan dan khidmat peguam saya untuk menguruskan segala isu perundangan yang timbul.

“Saya telah dinasihatkan oleh peguam saya untuk tidak mengulas lanjut mengenai prosiding mahkamah ini kerana ini akan terjumlah pada sub judice,” tambahnya.

Terdahulu, Hafid mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyebabkan kecederaan ke atas isterinya, Nurul Syuhada.

Pada 2 Mac lalu, pelakon terbabit dipercayai menumbuk isterinya di kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Sungai Buloh sebelum ditahan polis, bagi membantu siasatan kes itu.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh ahli keluarga terdekat selepas difahamkan berlaku pertengkaran antara mereka berdua di kawasan tersebut.

Malah, Syuhada dilaporkan menerima 10 jahitan akibat cedera teruk selepas ditumbuk sebanyak tiga kali pada bahagian pipi.

#cerai #Mahkamah #Hafidz Roshdi #Hospital Bahagia #Nurul Shuhada
;