Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Rela Dimadu, Pengantin Lelaki Bersama Dua Isteri Sanding Serentak

Ernalisa 18/09/2024 | 15:55 MYT

Majlis persandingan seorang lelaki bersama dua isterinya secara serentak telah menjadi tular.

Upacara jarang berlaku itu diadakan di Desa Pauh, Kecamatan Rawas Ilir, Kabupaten Musi Rawas Utara (Muratara) di Sumatera Selatan, Indonesia pada Sabtu lalu.

BERITA BERKAITAN : 30 Tahun Jadi Anak Seni, Pak Ya Bakal Jadi Mutawif - "Saya Sedar Saya Kurang Bab Agama, Tapi ..."

BERITA BERKAITAN : Ulul Azmi Lagu Nasyid Berdurasi 10 Minit, AWLA Bekerjasama Dengan Jenny Chin - "Muzik Ala Disney, Ada Sentuhan Timur Tengah"

BERITA BERKAITAN :Video Ucapan Birthday Anak Fattah & Fazura Buat Netizen Emosi, Ramai Doa Supaya Kembali Bersama

BERITA BERKAITAN : Seronok Bekerja Bersama, Nabila Huda Sifatkan Leona Bukan Bimbo - "Dia Kelakar, Manja & Bijak"

Gambar pengantin lelaki dikenali sebagai Epan Padli, 25, bersama isteri-isterinya itu turut dikongsikan di platform media sosial dan mengundang pelbagai reaksi.
Menerusi laporan Tribun Sumsel, dua pengantin wanita itu dikenali sebagai Halima Leti dan Purnama Linda yang berusia 19 dan 20 tahun.
Ia turut disahkan Kepala Desa Pauh, Aziz yang berkongsi kisah percintaan unik bersama kedua-dua pujaan hatinya.

"Selepas tamat sekolah, Epan bertunang dengan Halima Leti. Dia merantau kerja di Kota Palembang dan bertemu dengan kekasih baharu, Purnama Linda.

Epan menikahi gadis sekampungnya, Halima Leti pada bulan lalu dan disusuli Purnama Linda seminggu kemudian.
Dia enggan kecewakan mana-mana pihak jika terpaksa memilih salah seorang daripanya," ujar Aziz.
Menurutnya, perkahwinan itu dipersetujui pihak keluarga walaupun ada yang mempersoalkan keputusan mereka mahu bermadu pada usia agak muda.

"Mungkin jodohnya dapat menikah dua wanita sekali gus. Mereka turut membuat surat pengakuan untuk mengesahkan tiada paksaan dan sememangnya rela berkongsi suami," jelasnya lagi.

SUMBER : Sinar Harian

#Rela #Dua #Kawin #Lelaki #Bermadu #Serentak
;